Telefilem Calon Syurga Lakonan Shukri Yahaya Di TV3

Telefilem Calon Syurga Lakonan Shukri Yahaya Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Calon Syurga pada 15 Julai 2023, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerkarama di TV3 atau boleh juga strim naskah ini di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Rashbir Media Sdn. Bhd., diarahkan Rashid Sibir oleh dengan penulisan skrip daripada tuan pengarah sendiri bersama Basri Musa, Nora Sham dan Hajis Sipir.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 15 Julai 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Rashid Sibir, Basri Musa, Nora Sham dan Hajis Sipir
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Rashbir Media Sdn. Bhd.

Telefilem Calon Syurga di TV3

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Calon Syurga seperti Shukri Yahaya, Jalil Hamid, Norlia Ghani, Octovia Manrose, Nazrief Nazri, Adam Shahz, Razali Abd Ghanis, Riz Ismail, Asrizal Jais dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shukri Yahaya sebagai Aliff
  • Jalil Hamid sebagai Pak Abu
  • Norlia Ghani sebagai Mak Tom
  • Octovia Manrose sebagai Dina
  • Nazrief Nazri sebagai Ali
  • Adam Shahz sebagai Mail

Sinopsis Telefilem Calon Syurga

Telefilem Calon Syurga mengisahkan tentang Aliff iaitu seorang budak remaja yang degil tidak mahu dengar cakap ibu dan ayahnya. Mak Tom amat sayangkan Aliff dan mengikut saja apa kehendaknya semasa kecil hinggalah dia dewasa.

Aliff kemudian menjadi budak ukur jalan kerana gagal sekolah kerana malas dan berkawan dengan budak budak nakal dan terlibat dalam rempit di kampung itu. Mak Tom menjual nasi lemak dan Pak Abu pulak hanya seorang nelayan kais pagi makan pagi dan tak dapat memberikan yang terbaik untuk Aliff.

Satu hari Aliff bergaduh dengan ibunya Mak Tom kerana mahukan duit untuk membeli hadiah kepada teman wanitanya Dina, anak orang berada di kampung itu. Mak Tom jatuh tapi Aliff tak pedulikan hinggalah malam itu tiba tiba Mak Tom sakit dada dan dia diserang angin ahmar.

Telefilem Calon Syurga di TV3

Telefilem Calon Syurga di TV3

Post a Comment

0 Comments