Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi Lakonan Wanna Ali Dan Azam Pitt Di TVS

Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi Lakonan Wanna Ali Dan Azam Pitt Di TVS

Jangan lupa saksikan telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi pada 2 Julai 2023, bersiaran pada hari Ahad, pukul 9.15 malam menerusi saluran TVS di Astro 122 dan MYTV 122 juga. Untuk lebih info, boleh rujuk tvstv.my.

Telefilem yang dilakonkan di Sarawak ini merupakan terbitan syarikat Pencil Pictures & Record Sdn. Bhd., diarahkan oleh Along Kamaludin dengan penulisan skrip daripada Tommy Loh.

Tayangan : TVS
Tarikh : 2 Julai 2023 (Ahad)
Masa : 9.15 Malam
Penulis Skrip : Tommy Loh
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd.

Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi di TVS

Barisan Pelakon

Berikut merupakan senaria pelakon yang terlibat dalam telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi seperti Wanna Ali, Azam Pitt, Dee Dee A'iene, Asfareen Ahmad, Rosmi Abdul, Mustahfirin, Leena Kaha, Yahaya Rosli dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Wanna Ali sebagai Zana
  • Azam Pitt sebagai Zakee Zamanie
  • Dee Dee A'iene sebagai Tini
  • Rosmi Abdul sebagai Mak Tom
  • Asfareen Ahmad sebagai Farhana

Sinopsis Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi

Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi mengisahkan Zana iaitu seorang tutor yang membesar menjadi seorang anti-selebriti apabila arwah ayahnya yang merupakan seorang penyanyi meninggalkan ibunya apabila berjaya.

Hidup Zana sedikit bergolak dengan kehadiran seorang selebriti popular, Zakee Zamanie yang berpindah ke sebelah kediamannya. 

Tanggapan buruk Zana terhadap golongan selebriti semakin parah apabila Zakee didakwa cuba mengambil kesempatan status selebritinya terhadap rakan serumah Zana iaitu Tini yang amat fanatik dengan dunia hiburan.

Namun perasaan Zana terhadap Zakee berubah apabila wanita itu secara tidak sengaja membongkar satu rahsia mengenai penyanyi itu.

Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi di TVS

Post a Comment

0 Comments