Telefilem Rengkat (TV9)

Telefilem Rengkat (TV9)

Jangan lupa saksikan telefilem Rengkat pada 19 Jun 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan di TV3 pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan penulisan skrip daripada Farhana Fauri.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 19 Jun 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Telefilem Rengkat di TV9

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Rengkat seperti Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Adik Nur Indah Emeerlda, Asry Azizan, Kamal Ibrahim, Faezah Elai, Noraini Atan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shukri Yahaya sebagai Rais
  • Aprena Manrose sebagai Yani
  • Syazwan Zulkifly sebagai Bard
  • Nur Indah Emeerlda sebagai Indah

Sinopsis Telefilem Rengkat

Telefilem Rengkat mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Rais dan Yani yang hidup dalam serba sederhana. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Indah yang rengkat (tempang) akibat daripda kemalangan semasa kecil.

Suatu hari Rais diberhentikan kerja secara mengejut kerana dituduh menyebabkan kerugian kepada syarikat. Rais buntu memikirkan cara untuk mendapatkan duit untuk menampung keluarganya. 

Perkenalan yang tidak disengajakan dengan Bard telah mengubah hidup Rais. Tanpa pengetahuan Yani, Rais telah mengikut Bard untuk meragut demi mendapatkan duit. Indah yang juga bisu tahu mengenai aktiviti ayahnya dan cuba untuk membantu ayahnya supaya berhenti daripada meragut.

Tanpa pengetahuan Rais, Bard sebenarnya telah merancang segala-galanya kerana mahu membalas dendam terhadap Rais yang pernah membulinya dulu semasa kecil sehingga menyebabkan dia rengkat.

Bard telah meragut beg Yani dan menyebabkan Indah dilanggar kereta. Rais menyesal dengan perbuatannya dan mula kesal dengan segala tindakannya selama ini. 

Telefilem Rengkat di TV9

Post a Comment

0 Comments