Telefilem Perempuan Tanpa Cinta (TV2)

Telefilem Perempuan Tanpa Cinta (TV2)

Jangan lupa saksikan telefilem Perempuan Tanpa Cinta pada 29 Jun 2023, bersiaran pada hari Khamis, pukul 9.30 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem khas yang dibawakan sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan syarikat Northern Lights Pictures, diarahkan oleh Ejump Mohd dengan penulisan skrip daripada Lynnda Sharudin.

Tayangan : Slot Tele Khas di TV2
Tarikh : 29 Jun 2023 (Khamis)
Masa : 9.30 malam
Idea Asal : Izzah Abd Rahman & Lynnda Sharudin
Penulis Skrip: Lynnda Sharudin
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Northern Lights Pictures

Telefilem Perempuan Tanpa Cinta di TV2

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Perempuan Tanpa Cinta seperti Erra Fazira, Syafiq Nazri, Nur Risteena, Hanna Qistinna, Azri Iskandar, Hazeeq Dean, Bea Rameshan, Jasper Supayah, Kamaliah Mat Dom, Chef Zam, Lana Nordin, Daniel Fong dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Erra Fazira sebagai Zarah
  • Syafiq Nazri sebagai Razif

Sinopsis Telefilem Perempuan Tanpa Cinta

Telefilem Perempuan Tanpa Cinta mengisahkan tentang pasangan Razif dan Zarah yang mana tanpa kehadiran cahaya mata membuatkan rumahtangga mereka bermasalah. Ini membuatkan Razif berkahwin lain dan selepas itu Zarah mengandung.

Namun Zarah menjadi depresi kerana ibu bapanya meninggal dunia selepas dia melahirkan anaknya. Ini membuatkan Razif meninggalkan Zarah dan mendapat hak penjagaan anak tersebut dan Zarah tidak pernah bertemu dengan anaknya itu hinggalah anaknya dewasa.

Telefilem Perempuan Tanpa Cinta di TV2

Post a Comment

0 Comments