Telefilem Jangan Sembelih Merah (TV9)

Telefilem Jangan Sembelih Merah (TV9)

Jangan lupa saksikan telefilem Jangan Sembelih Merah pada 30 Jun 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2017 sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan syarikat Layar Consult Sdn. Bhd., diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dengan penulisan skrip dan idea asal daripada Zarina Yasin.

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 30 Jun 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Idea Asal : Zarina Yasin
Penulis Skrip : Zarina Yasin
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Layar Consult Sdn. Bhd.

Telefilem Jangan Sembelih Merah di TV9

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Jangan Sembelih Merah seperti adik Nur Qistina Raisah, Jalil Hamid, Zuhairi Ibrahim, Fadzila Ahmad, Shasha Raman, adik Aryanna Alyssa, Syaffiq Mahmod, Eleena Arsha dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Adik Nur Qistina Raisah sebagai Dina
  • Jalil Hamid sebagai Tok Amin
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Hilmi
  • Fadzila Ahmad sebagai Rosnah
  • Shasha Raman sebagai Jasmin
  • Adik Aryanna Alyssa sebagai Saerah

Sinopsis Telefilem Jangan Sembelih Merah

Telefilem Jangan Sembelih Merah mengisahkan tentang Dina iaitu seorang kanak-kanak yang bijak, berani dan sedikit lasak seperti kanak-kanak lelaki. Dia selalu menemani atuknya iaitu Tok Amin di kandang ternakan kembing selepas sesi persekolahan.

Pada suatu hari, Tok Amin telah menghadiahkan seekor anak kambing kepada Dina kerana telah memenangi pertandingan kuiz matematik di sekolah.

Anak kambing yang unik itu diberikan nama Merah oleh Dina kerana tanda merah di badannya. Semejak itu, Dina dan Merah seperti tidak dapat dipisahkan. Dina amat sayang pada Merah dan menjaga Merah sepenuh hatinya.

Akibat kambing-kambing belaan Tok Amin telah dicuri, Senah mencadangkan anak Kambing 'Merah' kepunyaan Dina sebagai ganti. Oleh itu, Dina pula tekad untuk melarikan si 'Merah' daripada dikorban.

Telefilem Jangan Sembelih Merah di TV9

Post a Comment

0 Comments