Telefilem Dulang Boy (TV9)

Telefilem Dulang Boy (TV9)

Jangan lupa saksikan telefilem Dulang Boy pada 23 Jun 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat Konda Kondi Studios Sdn. Bhd., diarahkan oleh Megat Shahrizal dengan penulisan skrip dan idea asal masing-masing daripada Hadi M. Nor dan Nur Izni Jamaludin

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 23 Jun 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Idea Asal : Nur Izni Jamaludin
Penulis Skrip : Hadi M. Nor
Pengarah : Megat Sharizal
Produksi : Konda Kondi Studios Sdn. Bhd.

Telefilem Dulang Boy di TV9

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Dulang Boy seperti Armand Ezra, Indah Emeerlda, Mimi Lana, Anas Ridzuan, Naque Ariffin, Asmidar, Azman Hassan, Ungku Hariz, Fathi Kamil dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Armand Ezra sebagai KL
  • Indah Emeerlda sebagai Yoyo
  • Mimi Lana sebagai Kak Ros
  • Anas Ridzuan sebagai Abang John
  • Naque Ariffin sebagai Faliq
  • Asmidar sebagai Julie
  • Azman Hassan sebagai Uncle Rusdi
  •  Ungku Hariz sebagai Aiman Kasut

Sinopsis Telefilem Dulang Boy

Telefilem Dulang Boy mengisahkan tentang Kero Lazania (KL), 10 tahun yang telah secara tidak sengaja mengotorkan kasut hantaran kakanya iaitu Kak Ros yang juga merupakan kasuh penting untuk pengantin lelaki

Kisah bermula pada malamnya sebelum majlis dimana, KL dipanggil untuk membuat raptai angkat dulang. Kerol ditugaskan untuk mengangkat dulang kasut yang akan diberikan kepada pengantin lelaki. Kasut yang diangkatnya itu ialah kasut idamannya. 

Pada pagi pernikahan, ketika semua orang sedang sibuk buat persiapan, KL dan kawan baiknya, Yoyo, secara senyap-senyap 'meminjam tanpar izin' kasut itu untuk mengambil gambar.

Sambil mereka bergambar di padang, KL terpijak lecak dan mengotorkan kasut itu. Dia dan Yoyo cuba mencucinya. Macam-macam cara mereka guna sehingga kasut itu terkoyak. 

Sebelum dia membawa dulang itu, 'dulang boys' yang lain perasan bahawa kasut itu kotor dan koyak. Mereka menolong dia menutup keburukan kasut itu dengan perhiasan yang lebih elok.

KL lega, namun mereka menyuruhnya untuk berterus-terang dengan ibunya selepas majlis. KL akur. Usai majlis, suasana kembali ceria. 

Telefilem Dulang Boy di TV9

Telefilem Dulang Boy di TV9

Post a Comment

0 Comments