Telefilem Begitu Janji Tertulis (TV2)

Telefilem Begitu Janji Tertulis (TV2)

Jangan lupa saksikan telefilem Begitu Janji Tertulis pada 27 Jun 2023, bersiaran semula pada hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan syarikat Layar Consult Sdn. Bhd., diarahkan oleh Sabri Yunus dengan penulisan skrip daripada tuan pengarah sendiri.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 27 Jun 2023 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Abdul Rahim Sabri
Penulis Skrip : Sabri Yunus
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Layar Consult Sdn. Bhd.

Telefilem Begitu Janji Tertulis TV2

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Begitu Janji Tertulis seperti Khatijah Tan, Zamarul Hisham, Mohd Saidi Sabri, Puteri Hanan Shahidah, Bohari Ibrahim, Rashid Jaafar, Marup Mustapha, Mazran Abdullah, Ali Abdul Rahman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Khatijah Tan sebagai Mak Jah
  • Zamarul Hisham sebagai Ayub
  • Mohd Saidi Sabri sebagai Sahak
  • Puteri Hanan Shahidah sebagai Embun
  • Bohari Ibrahim sebagai Pak Uda
  • Rashid Jaafar sebagai Pak Akob

Sinopsis Telefilem Begitu Janji Tertulis

Telefilem Begitu Janji Tertulis mengisahkan tentang Mak Jah iaitu seorang ibu tunggal mendapat tawaran mengerjakan haji. Malangnya suami Mak Jah baru sahaja meninggal dunia dan sempat mewasiatkan agar salah seorang anak menemani Mak Jah ke Tanah Suci.

Anaknya Sahak sudah tiga tahun tidak pulang ke kampung akibat perselisihan dengan Mak Jah. Ayub pula menolak untuk menemani ibunya dengan alasan tidak bersedia walhal beliau sibuk berjudi di kampung serta berhajat menjual air ketum.

Mak Jah tidak menaruh harapan dan semakin berputus asa tentang pemergiannya ke Mekah dengan mahramnya. Embun cuba menjejaki Sahak dan memujuknya untuk kembali menemui ibunya dan melupakan kisah silam.

Telefilem Begitu Janji Tertulis TV2

Post a Comment

0 Comments