Telefilem Ayahku Adiwira (TV2)

Telefilem Ayahku Adiwira (TV2)

Saksikan telefilem Ayahku Adiwira pada 17 Jun 2023, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 10.30 malam menerusi saluran TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang dibawakan sempena Hari Bapa ini merupakan terbitan syarikat Wandet Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ruslan Ahmad dengan penulisan skrip daripada Mazelan Manan.

Tayangan : RTM TV2
Tarikh : 17 Jun 2023 (Sabtu)
Masa : 10.30 Malam
Penulis Skrip : Mazelan Manan
Pengarah : Ruslan Ahmad
Produksi : Wandet Film Production Sdn. Bhd.

Telefilem Ayahku Adiwira di TV2

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Ayahku Adiwira seperti Ucop Cecupak, Hamidah Wahab, Wan Nor Azlin, Sulaiman Yasin (Mat Over), Adam Shahz, Boby Kiran, Wawa Amdia dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ucop Cecupak seabgai Mustaffa
  • Wan Nor Azlin sebagai Mastura
  • Hamidah Wahab sebagai Zaiton
  • Adam Shahz sebagai Hamzah
  • Mat Over sebagai sebagai Hisyam
  • Bobby Kiran sebagai Suhana

Sinopsis Telefilem Ayahku Adiwira

Telefilem Ayahku Adiwira mengisahkan tentang Mustaffa yang menghidap Asperger Syndrome, membesarkan anaknya Aisyah. Zaiton, ibu Mustaffa bimbang kerana dirinya yang sakit sering keluar masuk wad dan tidak dapat membantu Mustaffa untuk menjaga cucunya itu.

Zaiton dicadangkan mencari keluarga angkat buat cucunya. Ramai yang berminat termasuklah Mastura. Bagi mencapai hasratnya, Mastura cuba mempengaruhi Zaiton agar mengadu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan keadaan anaknya, Mustaffa.

Perkara tersebut telah mendinginkan hubungan mereka anak beranak. Berjayakah usaha Mastura untuk mendapatkan hak penjagaan Aisyah?

Telefilem Ayahku Adiwira di TV2

Telefilem Ayahku Adiwira di TV2

Post a Comment

0 Comments