Telefilem Ayah (TV1)

Telefilem Ayah (TV1)

Jangan lupa saksikan telefilem Ayah pada 17 Jun 2023, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang dibawakan sempena Hari Bapa ini merupakan terbitan syarikat Allout Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan penulisan skrip daripada ZH Emdee@M. Danial.

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 17 Jun 2023 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Srkip : ZH Emdee @ M. Danial
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Allout Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Ayah di TV1

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Ayah seperti Rusdi Ramli, Nadiya Nisaa, Azwan Kombos, Azizah Mahzan, Anas Ridzuan, Bea Ramshan, Irfan Danial, Fifi Laura Olivia dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Rusdi sebagai Zamri
  • Nadiya Nisaa sebagai Ainun
  • Irfan Danial sebagai Iskandar
  • Fifi Laura Olivia sebagai Balqish

Sinopsis Telefilem Ayah

Telefilem Ayah mengisahkan kehidupan Zamri yang telah bercerai dengan isterinya, Ainun. Hasil perkongsian hidup bersama mereka memiliki dua orang anak iaitu Iskandar dan Balqish. Setelah bercerai, Ainun tidak membenarkan Zamri bertemu dengan kedua-dua anak mereka itu.

Suatu hari terdetik rasa risau di hati Ainun untuk mencari Zamri. Apatahlagi bila dia gagal untuk menghubungi keberadaan bekas suaminya itu.

Anak-anak mereka pula sering bertanyakan khabar daripada ayah mereka dan rindu untuk bertemu. Justeru Ainun datang ke rumah Zamri dan mendapati Zamri sakit. Lalu masih adakah jalan penyelesaian untuk mereka berbaik semula.

Telefilem Ayah di TV1

Post a Comment

0 Comments