Telefilem Arafah (TV3)

Telefilem Arafah (TV3)

Jangan lupa saksikan telefilem Arafah pada 30 Jun 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat Country Universal Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Raya Mukhriz.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : TV3
Tarikh : 30 Jun 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Country Universal Sdn. Bhd.

Telefilem Arafah di TV3

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Arafah seperti Nabila Huda, Keisha Laila, Luqman Hafidz, Ucop, Ku Faridah, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nabila Huda sebagai Arafah
  • Ku Faridah sebagai Nenek Zah
  • Jasmin Hamid sebagai Kamariah

Sinopsis Telefilem Arafah

Telefilem Arafah mengisahkan tentang kehidupan Arafah pada awalnya dibesarkan oleh Nenek Zah sewaktu berusia setahun hingga 13 tahun selepas ibu dan bapanya berpisah. Ketika di bawah jagaan neneknya, hidup Arafah sangat berdikari dan akhlaknya masih terkawal.

Disebabkan neneknya yang terlalu mengawal kehidupan remajanya, Arafah mula tertarik untuk menerima pelawaan ibunya yang menetap di Kuala Lumpur dengan kehidupan lebih 'urban'.

Nenek Zah kecil hati kerana selepas bersusah payah menjaga Arafah, begitu mudah dia memilih untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya, Kamariah di Kuala Lumpur.

Telefilem Arafah di TV3

Post a Comment

0 Comments