Telefilem 2 Hari 3 Malam (TV Okey)

Telefilem 2 Hari 3 Malam (TV Okey)

Jangan lupa saksikan telefilem 2 Hari 3 Malam pada 25 Jun 2023, bersiaran semula pada hari Ahad, pukul 2.30 petang menerusi slot Layar Okey di TV Okey atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan terbitan syarikat Ilhamet Technology Sdn. Bhd., diarahkan oleh Che Mie@Junaimeramfizal Rahmat dengan penulisan skrip daripada Mike Mourinho.

Tayangan Asal : 2021
Bersiaran : Slot Layar Okey di TV Okey
Tarikh : 25 Jun 2023 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang
Penulis Skrip : Muke Mourinho
Pengarah : Che' Mie @ Junaimeramfizal Rahmat
Produksi : Ilhamnet Technology Sdn. Bhd.

Telefilem 2 Hari 3 Malam di TV Okey

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem 2 Hari 3 Malam seperti Aman Graseka, Rashid Jaafar, Nor Albaniah, Kismah Johar, Ajoo@Zuraini Kassim, Amir Amizan, Nazlina Yusof, Mohd Ismail Jonid dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Aman Graseka sebagai Akob
  • Rashid Jaafar sebagai Isa
  • Nor Albaniah sebagai Rosa
  • Kismah Johar sebagai Nenda

Sinopsis Telefilem 2 Hari 3 Malam

Telefilem 2 Hari 3 Malam mengisahkan tentang percutian aneh yang berlaku kepada empat rakan. Rosa mengajak rakan-rakannya iaitu Akob, Isa dan Nenda yang menginap bersamanya di sebuah rumah untuk bercuti di Cameron Highland.

Namun begitu yang menjadi persoalan kepada mereka ialah percutian tersebut adalah selama 2 hari 3 malam dan waktu daftar masuk serta daftar keluar ialah pada waktu malam. Jadi pelbagai perkara aneh dan seram berlaku sepanjang penginapan mereka tersebut.

Telefilem 2 Hari 3 Malam di TV Okey

Post a Comment

0 Comments