Telefilem Tiada Galang Ganti Di TV3

Telefilem Tiada Galang Ganti Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Tiada Galang Ganti pada 21 Mei 2023, bersiaran pada hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah disiarkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat A. Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Along Kamaludin dengan penulisan skrip daripada Rina Khan serta idea asal daripada Syafiq Mohd.

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 21 Mei 2023 (Ahad)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Rina Khan
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bh.

Telefilem Tiada Galang Ganti Di TV3

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Tiada Galang Ganti seperti Raja Atiq Azman, Izzendra DFKL, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Muntazar Ghufran, Fimie Don, Zack Kool, Fauzi Zulkifli, Lan Siro, Puteri Adrianna dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Atiq Azman sebagai Alif
  • Izzendra DFKL sebagai Sarah
  • Dilla Ahmad sebagai Mak Ani
  • Badrul Muhayat sebagai Pak Samad
  • Fimie Don sebagai Fizi
  • Zack Kool sebagai Hj. Sharif
  • Fauzi Zulkifli sebagai Pian

Sinopsis Telefilem Tiada Galang Ganti

Telefilem Tiada Galang Ganti mengisahkan tentang kehidupan keluarga Alif serba kekurangan. Kerana itu, Alif selalu tuduh ayahnya malas bekerja. Suatu hari, ibu bapa Alif meninggal dunia ketika keluar membeli kasut sukan Alif.

Alif selalu mengeluh setiap kali ibu bapanya hanya dapat menghidangkan telur goreng sebagai hidangan. Dia tidak memahami bahawa mereka menjalani kehidupan yang sukar dan hanya itu yang mampu diberi oleh ibu bapanya.

Tetapi keadaan menjadi terbalik apabila ibu bapanya meninggal dalam kemalangan dan Aidit harus menjaga adik-adiknya. Mereka selalu mengeluh asyik makan telur goreng.

Sekarang dia tahu bagaimana perasaan orang tuanya dan berharap dia dapat kembali ke masa lampau untuk meminta pengampunan.

Post a Comment

0 Comments