Polis Evo 3 Di Pawagam Mulai 25 Mei 2023 - Sinopsis Filem

Polis Evo 3 Di Pawagam Mulai 25 Mei 2023 - Sinopsis Filem

Jangan lupa saksikan filem Polis Evo 3 yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Mei 2023, hari Khamis hingga ke seterusnya. Boleh dapatkan tiket sekarang disini.

Ianya merupakan sebuah filem aksi yang diterbitkan hasil kerjasama daripada Astro Shaw dan Skop Production dan diarahakn oleh Syafiq Yusof dengan penulisan skrip bersama daripada Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf, Abhilash Chandra dan Benice Loew.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 25 Mei 2023
Penulis Skrip :  Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf, Abhilash Chandra dan Benice Loew
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : Astro Shaw dan Skop Production

Filem Polis Evo 3 di pawagam mulai 25 Mei 2023

OST Filem

Lagu : Ayuh
Artis : Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri
Komposer : Malique & Tripdisz
Lirik : Kmy Kmo, Aman RA & Malique

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam filem Polis Evo 3 seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom, Fadilah Mansor, Fezrul Khan, Michael Ang, Ben Amir, Zulin Aziz, Danial Zaini dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai
  • Zizan Razak sebagai Inspektor Sani
  • Sharnaaz Ahmad sebagai Reza
  • Nora Danish sebagai Anis
  • Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani
  • Douglas Lim sebagai Inspektor Dell
  • Farali Khan sebagai Inspektor Julie
  • Fauzi Nawawi sebagai ACP Farouk
  • Eyka Farhana sebagai Yati

Sinopsis Filem Polis Evo 3

Filem Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Berlaku sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Filem Polis Evo 3 di pawagam mulai 25 Mei 2023

Post a Comment

0 Comments