Telefilem Yang Tersembunyi Di TV Okey

Telefilem Yang Tersembunyi Di TV Okey

Jangan lupa saksikan siaran ulangan telefilem Yang Tersembunyi yang mana sebelum ini pernah ditayangkan di RTM pada tahun 2020.

Sebuah telefilem yang menampilkan gandingan pelakon yang hebat iaitu Que Haidar dan Fauziah Ahmad Daud.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Yang Tersembunyi Di TV Okey

Sinopsis Telefilem Yang Tersembunyi

Telefilem Yang Tersembunyi mengisahkan tentang seorang suami, Zhariff panas baran yang sering mencederakan isteri serta anak perempuannya. Dalam masa yang sama Zhariff juga secara sembunyi-sembunyi mempunyai perempuan simpanan iaitu Nina.

Satu hari Zhariff dan Nina terlibat dalam kemalangan yang teruk hingga mengakibatkan sel otak Zhariff rosak. Semenjak itu, Zhariff sentiasa teringatkan anak dan isterinya. Sikapnya yang sukar diduga adakalanya menyebabkan orang kampung menganggap Zhariff gila.

Kasih sayang ibu sememangnya tiada penghujungnya. Ibu Zhariff terus menjaga anaknya itu dengan penuh kesabaran. Ibunya tetap mengharap keajaiban kekuasaan Allah supaya Zhariff sembuh dan berubah menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya dan mengutamakan keluarga.

Tercapaikah impian ibunya untuk melihat Zhariff berubah? Bagaimana penerimaan isteri dan anaknya bila mengetahui tentang kejadian yang menimpa Zhariff? Apa pula yang terjadi pada perempuan simpanan Zhariff, Nina?

Barisan Pelakon

Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam telemovie Yang Tersembuyi seperti  Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Sherry Merlis, Sharifah Amani, Hisham Ahmad Tajuddin, Riz Amin, Agurl, Raja Mohammad dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Que Haidar sebagai Zhariff
  • Sherry Merlis sebagai Lia
  • Sharifah Amani sebagai Nina

Produksi & Pengarah

Naskah tahun 2020 ini merupakan arahan Raja Mukhriz, penulisan skrip daripada Lily Suhana dan diterbitkan oleh produksi Enuja Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Yang Tersembunyi yang akan diulang siar pada 24 Disember 2023, hari Ahad, jam 2.30 petang menerusi slot Layar Okey di TV Okey atau anda boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2020
Siaran : Slot Layar Okey di TV Okey
Tarikh : 23 Disember 2023 (Ahad)
Waktu : 2.30 Petang
Penulis Skrip : Lily Suhana
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

Telefilem Yang Tersembunyi Di TV Okey

Post a Comment

0 Comments