Telefilem Sumpahan Peti Ais Di Astro Ria

Telefilem Sumpahan Peti Ais Di Astro Ria

Jangan lupa saksikan telefilem Sumpahan Peti Ais pada 22 April 2023, 1 Syawal, bersiaran pada hari Sabtu pukul 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Telefilem yang dibawakan khas sempena Raya ini merupakan terbitan syarikat Playwright Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Reen Emran dengan penulisan skrip daripada Eenaz Mokhtar.

Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 22 April 2023 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Pagi
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Reen Emran
Produksi : Playwright Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Sumpahan Peti Ais Di Astro Ria

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Sumpahan Peti Ais seperti Sherry Alhadad, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Arieff Yong, Puteri Iesya, Ieda Moin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Sherry Alhadad sebagai Tina
  • Didie Alias sebagai Kiah
  • Ariff Yong sebagai Kamal
  • Sharifah Sakinah sebagai June
  • Ieda Moin sebagai Amy
  • Putri Iesya sebagai Julai (Ju-On Ketot)

Sinopsis Telefilem Sumpahan Peti Ais

Telefilem Sumpahan Peti Ais mengisahkan tentang Tina iaitu seorang usahawan baru naik yang mana dia pulang ke kampung suaminya, Kamal dan berlagak dengan produk kek dan kuih tart dia yang telah laku keras.

Perlakuan ini telah mengundang rasa tidak puas hati kepada ibu mentuanya iaitu Kiah apabila jualan Tina lebih laris daripada jualannya.

Bukan itu sahaja, Tina juga tidak berpuas hati dengan peti ais yang ada di rumah ibu mentuanya tersebut. Katanya, peti ais tersebut telah uzur dan tidak kuat untuk meletakkan semua kuih dan kek jualannya. Siap kutuk lagi.

Kiah yang berkecil hati dengan perlakuan anak menantunya tersebut telah menyumpah Tina menjadi peti ais. Sudahnya, pada malam hari Tina akan jadi peti ais yang terletak di dapur.

Nak tak nak, Tina perlu cari jalan keluar dan lari daripada sumpahan tersebut dan pastinya dia kena cepat. Berjayakan Tina?

Telefilem Sumpahan Peti Ais Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments