Telefilem Racun Suami Jahanam Di Astro Citra

Telefilem Racun Suami Jahanam Di Astro Citra

Telefilem Racun Suami Jahanam Di Astro Citra

Saksikan telefilem Racun Suami Jahanam yang akan menemui penonton pada 11 April 2023, bersiaran semula pada hari Selasa, jam 7.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Telefilem thriller yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd., diarahkan oleh Michael Ang dengan penulisan skrip daripada Amor Rizan

Barisan Pelakon

Berikut merupakan senarai barisan pelakon telefilem Racun Suami Jahanam seperti Ben Amir, Mimi Lana, Riz Amin, Scha Alyahya, Faizul, Kak Ema dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ben Amir sebagai Rizal
  • Mimi Lana sebagai Suraya
  • Riz Amin sebagai Hasrul
  • Scha Alyahya sebagai Maria
  • Faizul sebagai Mr Lim
  • Kak Ema sebagai Mak Yam

Sinopsis Telefilem Racun Suami Jahanam

Telemovie Racun Suami Jahanam mengisahkan tentan Suraya iaitu seorang gadis kampung yang cantik tetapi tidak berpelajaran tinggi. Dia telah mengahwini seorang lelaki, Hasrul yang merupakan seorang pemandu lori yang tinggal di bandar.

Krisis bermula apabila Hasrul mengajak isterinya, Suraya tinggal di bandar dan ketika itulah perangan sebenar suaminya diketahui. Suaminya sanggup memaksa Suraya untuk bekerja di kelab malam dengan memakai pakaian seksi, buka tudung dan sehingga sanggup memaksanya minum arak dan menjadi pelacur.

Dalam masa yang sama Suraya mula berkawan dengan Maria yang merupakan teman baiknya yang sanggup mendengar segala luahan perasaan. Selain itu, Suraya juga mengenali seorang lelaki bernama Rizal dan akhirnya mereka jatuh cinta dan Rizal berjanji untuk mengeluarkannya daripada tempat gelap tersebut.

Sekali lagi, Suraya dipermainkan dan kali ini oleh Rizal pula apabila dia mula menunjukkan perangainya yang sebenar dengan mengaku hanya mempergunakan Suraya sahaja.

Suraya tertekan dan akhirnya cuba untuk bunuh diri. Tetapi berjaya diselamatkan oleh Maria dan mereka berdua berpakat untuk membalas dendam. Apa kesudahannya?

Telefilem Racun Suami Jahanam Di Astro Citra

Post a Comment

0 Comments