Telefilem Pontianak 100Kg Di Tonton

Telefilem Pontianak 100Kg Di Tonton

Telefilem Pontianak 100Kg Di Tonton

Saksikan telefilem Tonton Original berjudul Pontianak 100Kg yang akan menemui penonton pada 5 April 2023, hari Rabu dan seterusnya yang mana ianya akan ditayangkan secara eksklusif di platform web dan aplikasi Tonton.

Telefilem seram komedi ini merupakan terbitan syarikat produksi MIG Production dengan arahan daripada Shuhaimi Lua.

Tayangan : Tonton
Tarikh : 5 April 2023 (Rabu)
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Aya Amiruddin, Wanns Ahmad, Mathni Razak, Mark Adam, Ady Mohammad, Afifah Nasir, Kazar Saisi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Amy Amiruddin sebagai Melati/Pontianak
  • Mathni Razak sebagai Dharma
  • Mark Adam sebagai Salleh
  • Wanns Ahmad sebagai Malik
  • Kazar Saisi sebagai Pak Bayang
  • Ady Mohammad sebagai Jibam
  • Afifah Nasir sebagai Mewangi

Sinopsis Telefilem Pontianak 100Kg

Sebelum ini biasa kita tengok pontianak ni kurus, berambut panjang dan menyeramkan. Sesuai dengan nama cerita ini, pontianak ini berbadan besar dan beratnya mencecah 100kg, maka lahirlah kisah dengan judul Pontianak 100kg

Ianya mengisahkan Melati iaitu gadis cantik yang suka makan. Melati didapati mati dalam keadaan dia sedang berlapar kerana ibunya menghabiskan makanan kegemarannya iaitu Telur Ikan Parang.

Melati berubah menjadi pontianak yang mengganggu penduduk kampung dengan memakan makanan yang mereka ada tanpa fikirkan orang lain. Apa yang mengejutkan, Melati menjadi pontianak seberat 100KG.

Penduduk kampung yang diketuai oleh Pak Bayang buntu dalam menyelesaikan isu ini. Manakan tidaknya, pemuda-pemuda kampung yang lain seperti Dharma, Salleh langusng tidak membantu. Mereka tidak menyumbangkan idea bagi permasalahan ini.

Pelbagai cara dan usaha telah dibuat bagi membendung masalah pontianak yang menghantui penduduk kampung tetapi masih tidak berjaya. Sehinggalah datang idea daripada Jibam yang mampu menyelesaikan masalah ini.

Walaupunbegitu, timbul pula konflik lain. Nak tahu apa masalah tersebut? Adakah idea yang dibawa oleh Jibam itu berkesan? Kena saksikan Pontianak 100Kg.

Telefilem Pontianak 100Kg Di Tonton

Telefilem Pontianak 100Kg Di Tonton

Post a Comment

0 Comments