Telefilem Mualaf Ekspres Di TV2

Telefilem Mualaf Ekspres Di TV2

Telefilem Mualaf Ekspres Di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Mualaf Ekspres yang akan menemui penonton pada 10 April 2023, bersiaran pada hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem khas Ramadan kali ini merupakan terbitan syarikat produksi Rumah Produksi Merah dan diarahkan oleh Ejump Mohd.

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 10 April 2023 (Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : Rumah Produksi Merah

Barisan Pelakon

Berikut merupakan senarai barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Mualaf Ekspress seperti Daniel Fong, Harissa Adlin, Ropie Cecupak, Nazia Mustafar, Dato' Awie, Wan Gegau dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Daniel Fong sebagai Sean Lee
  • Harissa Adlin sebagai Sweet
  • Nazia Mustafar sebagai Mak Liza
  • Ropie sebagai Ropie

Sinopsis Telefilem Mualaf Ekspres

Telefilem Mualaf Ekspress mengisahkan tentang seorang pemuda berbangsa Cina iaitu Sean Lee yang cuba berpuasa sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Hakikatnya dia melakukan semua ini demi membuktikan kepada keluarga kekasihnya, Sweet bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membuktikan kesungguhan dirinya terhadap kekasihnya itu. Ia termasuklah sanggup berpuasa demi mengekalkan hubungannya dengan Sweet.

Sementara itu, Mak Liza iaitu ibu kepada Sweet merancang untuk menjodohkan anak gadisnya itu dengan lelaki bernama Ropie yang juga orang kaya di kampung mereka. Mak Liza beranggapan bahawa Sweet akan lebih bahagia dapat berkahwin dengan lelaki kaya yang serba sempurna.

Untuk mencapai cita-citanya menjodohkan Sweet dengan Ropie, Mak Liza merancang pelbagai helah bersama-sama dengan Ropie untuk menggagalkan cubaan Sean Lee berpuasa. Namun adakah hasrat mereka berjaya? Bagaimana pula Sean Lee menepis cubaan tersebut?

Telefilem Mualaf Ekspres Di TV2

Post a Comment

0 Comments