Telefilem Lorong Kecil Ke Syurga Di TV9

Telefilem Lorong Kecil Ke Syurga Di TV9

Telefilem Lorong Kecil Ke Syurga Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Lorong Kecil Ke Syurga yang akan menemui penonton pada 10 April 2023, bersiaran semula pada hari Isnin pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah memenangi drama terbaik pada tahun 2015 ini merupakan terbitan syarikat produksi Aniq Communication Sdn. Bhd., diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dengan penulisan skrip daripada Mohd Syukri Mohd Sidek

Tayangan asal : 2015
Tayangan : Slot Skrin Di di TV9
Tarikh : 10 April 2023 (Isnin)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Mohd Syukri
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Aniq Communications Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Lorong Kecil Ke Syurga seperti Faizal Hussein, Muhammad Izz Ilham, Raja Ilya, Eliza Mustafa, Pyan Habib, Kodi Rasheed, Zazeli Baginda dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Faizal Hussein sebagai Azmi
  • Izz Ilham sebagai Haikal
  • Raja Ilya sebagai Mimi
  • Eliza Mustafa sebagai Maria
  • Pyan Habib sebagai Osman Tikus
  • Kodi Rasheed sebagai Din

Sinopsis Telefilem Lorong Kecil Ke Syurga

Telefilem Lorong Kecil Ke Syurga mengisahkan tentang Azmi yang merupakan seorang bekas banduan yang telah bebas daripada penjara dan kini hidup bergelandangan.

Secara kebetulan, Azmi bertemu dengan seorang pemuda yang bernama Haikal yang jaug lebih muda daripadanya yang sebenarnya adalah anak kandungnya. Azmi seperti mendapat semangat baru untuk hidup.

Teman segelandangan Azmi, Pak Seman, sering menulis puisi dan ia banyak menyedarkan Azmi tentang tanggungjawab dan ilmu agama. Azmi nekad untuk menjaga Haikal apabila mendapat tahu Haikal tidah dididik dengan baik oleh bekas isteri dan suami barunya. Malah Azmi diburu oleh orang upahan mereka.

Suatu malam ketika tidur di kaki lima, Azmi dibunuh oleh Din, iaitu rakan gelandangan yang mendapat ganjaran daripada Maria. Meskipun Azmi seorang insan yang serba kekurangan, bagi Haikal, Azmi merupakan bapa yang cukup sempurna.

Telefilem Lorong Kecil Ke Syurga Di TV9

Post a Comment

0 Comments