Telefilem Heistdilfitri Di Astro Ria

Telefilem Heistdilfitri Di Astro Ria

Jangan lupa saksikan telefilem HeistDilFitri pada 23 April 2023, 2 Syawal, bersiaran pada hari Ahad pukul 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Telefilem Raya berunsurkan rompakan ini merupakan terbitan syarikat Red Bean Production Sdn. Bhd., diarahkan bersama oleh Zizan Razak dan Issey Fazlisham dengan penulisan skrip daripada Bainun Waheeda.

Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 23 April 2023 (Ahad)
Waktu : 10.00 Pagi
Penulis Skrip : Bainun Waheeda
Pengarah : Zizan Razak & Issey Fazlisham
Produksi : Red Bean Production Sdn. Bhd.

Telefilem Heistdilfitri Di Astro Ria

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Heist Dil Fitri seperti Zizan Razak, Issey Fazlisham, Shiqin Kamal, Khir Rahman, Maria Farida, Jihaa Sham, Mathni Razak, Hushairy Hussein dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zizan Razak sebagai Ibrahim
  • Issey Fazlisham sebagai Mus
  • Shiqin Kamal sebagai Anis
  • Mathni Razak sebagai Inspektor Gushion

Sinopsis Telefilem Heist Dil Fitri

Telefilem Heist Dil Fitri mengisahkan tentang kumpulan perompak profesional yang terdiri daripada Ibrahim, Mus dan Anis telah berjaya merompak berlian bernilai tinggi dan telah melalui banyak siri 'heist' tanpa ditangkap polis.

Satu hari, Ibrahim dihantui dengan iklan-iklan Hari Raya yang mengisahkan tentang kekeluargaan. Disebabkan itu, Mus mendapat idea untuk adakan satu lagi rompakan tetapi bukan harta benda bernilai tetapi sebuah keluarga dan akan beraya bersama mereka.

Pencarian tersebut menemukan mereka dengan sebuah keluarga hartawan. Apakah kesudahan rompakan raya bersama keluarga hartawan tersebut?

Telefilem Heistdilfitri Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments