Telefilem Bisik-Bisik Gelora Raya Di TV3

Telefilem Bisik-Bisik Gelora Raya Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Bisik-Bisik Gelora Raya pada 22 April 2023, 1 Syawal, bersiaran pada hari Sabtu pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama Di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Jika dulu mereka datang dengan drama siri dan kali ini dalam bentuk telefilem raya yang kini ianya diterbitkan oleh syarikat Global Station Sdn. Bhd., dan diarahkan oleh Riza Baharudin

Tayangan : TV3
Tarikh : 22 April 2023 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Telefilem Bisik-Bisik Gelora Raya Di TV3

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Bisik-Bisik Gelora seperti Redza Rosli, Raysha Rizrose, Nabil Aqil, Ruminah Sidek, Dzul Hadziq, Mark Adam, Norreen Iman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Redza Rosli sebagai Jad Izudidin
  • Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
  • Norreen Iman sebagai Izzati
  • Nabil Aqil sebagai Wan
  • Mark Adam sebagai Ali
  • Ruminah Sidek sebagai Nek Muya

Sinopsis Telefilem Bisik-Bisik Gelora Raya

Telefilem Bisik-Bisik Gelora Raya merupakan kesinambungan daripada drama siri 'Bisik-Bisik Gelora' dimana pengakhirannya Arumi memilih untuk berpisah dengan Jad dan membuat keputusan untuk hidup hanya berdua bersama anaknya.

Walaupun begitu, Jad masih belum terima hakikat bahawa Arumi meminta dirinya untuk dilepaskan daripada ikatan perkahwinan yang telah dibina selama lebih 10 tahun bersama.

Dalam pada itulah, dia terus berusaha untuk memujuk dan mengambil hari Arumi kembali supaya pulang ke pangkuanya semula. Adakah Jad dapa temui kebahagiaannya bersama Arumi dan anaknya semula?

Post a Comment

0 Comments