Telefilem Bara Cinta Ramadan Di TV9

Telefilem Bara Cinta Ramadan Di TV9

Telefilem Bara Cinta Ramadan Di TV9

Saksikan telefilem Bara Cinta Ramadan yang akan menemui penonton pada 7 April 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2011 ini sempena Ramadan merupakan terbitan syarikat produksi SRS Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Malek Rahman dengan penulisan skrip daripada Mazlan Manan

Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 7 Mac 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Mazlan Manan
Pengarah : Malek Rahman
Produksi : SRS Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Zamarul Hisham, Fuaziah Nawi, Jasmin Hamid, Roy Azman, Ako Mustapha, Zarina Zainordin, Farid Amirul, Rozie Othman, Aira, Danial Lee dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zamarul Hisham sebagai Malek
  • Fauziah Nawi sebagai Arfah
  • Jasmin Hamid sebagai Rozita
  • Roy Azman sebagai Badrul
  • Ako Mustapha sebagai Shamsudin
  • Zarina Zainordin sebagai Maznah

Sinopsis Telefilem Bara Cinta Ramadan

Telefilem Bara Cinta Ramadan mengisahkan tentang rumahtangga yang dihadapi oleh Malek dan Rozita. Hubungan mereka baik-baik sahaja pada awalnya tetapi diganggu dengan campurtangan dari ibunya Rozita iaitu Arfah.

Mereka sekeluarga terpaksa menumpang tinggal bersama Arfah kerana Malek hanya bekerja sebagai seorang pemandu lori dan ianya cukup-cukup untuk menampung makan dan persekolahan anak-anaknya sahaja.

Rozita sangat faham keadaan kewangan suaminya tersebut. Disebabkan itu, dia tidak meminta yang bukan-bukan kerana tidak mahu membebankan suaminya. Tetapi ibunya terus memperlekehkan menantunya tersebut sehingga Rozita tidak tahan dengan kata-kata ibunya.

Sebenarnya Arfah bencikan Malek kerana tidak kaya dan tidak berpendidikan. Keluarga mereka selalu sahaja dibanding-bandingkan dengan Samsudin iaitu suami kepada adik si Rozita iaitu Maznah terutamanya jika mereka pulang ke kampung.

Raya semakin hampir dan persiapan masih tidak dapat disediakan lagi berikutan gaji yang tidak mencukup dan ditambah lagi dengan bayaran deposit rantai emas yang perlu dilangsaikan disebabkan hasutan yang telah dibuat oleh Arfah kepada Rozita. Dia turut.

Tiba-tiba telah berlaku satu kemalangan kepada Malek apabila dia dilanggar kereta. Apakah yang terjadi pada akhirnya? Adakah merek sekeluarga sempat untuk beraya bersama? Apakah pula nasib Arfah selepas dapat tahu tentang kejadian tersebut?

Post a Comment

0 Comments