Filem Sumpahan Malam Raya Di Pawagam Mulai 22 April 2023

Filem Sumpahan Malam Raya Di Pawagam Mulai 22 April 2023

Jangan lupa saksikan filem Sumpahan Malam Raya yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai pada 21 April 2023, hari Sabtu bersamaan pada 1 Syawal hingga ke seterusnya.

Ianya merupakan sebuah filem seram komedi yang diterbitkan hasil kerjasama daripada Veedu Production Sdn. Bhd. dan MGE Production Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Dato' Professor Dr. A. Razak Mohaideen dengan penulisan skrip daripada Azlan Syah Rashid.

Filem ini menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Atu Zero, Danial Zaini, Reen Rahim, Nora Danish, Dato' Yusry Abdul Halim, Ropie, Megat Terawis, Vanidah Imran, Lisa Surihani, Soo Wincci, Saiful Apek, Yassin Senario, Rita Rudaini, Bell Ngasr, Denes Kumar dan ramai lagi.

Filem Sumpahan Malam Raya di pawagam mulai 22 April 2023

Sinopsis Filem Sumpahan Malam Raya

Sumpahan Malam Raya mengisahkan tentang Syawal dan Tania yang melarikan diri ke Pulau Carey akibat diburu bapa Malik iaitu seorang Taiko Besar Kuala Lumpur.

Syawal telah menipu adik kepada ayah Malik iaitu Amir untuk mendapatkan wang dan Amir telah ditipu kerana ubat kuat batin yang tidak menjadi.

Semuanya bermula apabila Syawal mendapati arwah bapanya meninggalkan banglo pusaka di Pulau Carey. Syawal dan Tania melarikan diri secara rahsia ke Pulau Carey pada Hari Aidilfiri.

Di banglo warisan yang kelihatan menakutkan itu, mereka disambut oleh penjaga sementara banglo tersebut iaitu Adam dan Misha.

Mereka berempat mengambil keputusan untuk mengusahakan banglo tersebut untuk dijadikan motel serta homestay Singgah Sini.

Peristiwa pelik dan menakutkan mula berlaku di banglo tersebut di mana setiap pengunjung dan pelanggan yang menginap di situ pasti akan mati.

Mereka berempat yang terkejut dengan kejadian aneh itu menanam setiap mayat yang telah mati agar tidak diketahui polis.

Selepas beberapa jenazah dikebumikan, muncul seorang lelaki tua yang pelik (Tok) dan semua mayat yang dikebumikan sudah tiada. Lebih mengusutkan keadaan apabila Amir bersama kumpulan samseng Ayah Malik muncul di banglo itu.

Berjayakah mereka berempat merungkai segala-galanya? Misteri dan melarikan diri dari cengkaman ayah Malik dan Amir.

Post a Comment

0 Comments