Filem Seindah Kasih The Movie Di Tonton

Filem Seindah Kasih The Movie Di Tonton

Filem Seindah Kasih The Movie Di Tonton

Jangan lupa saksikan filem original Seindah Kasih The Movie yang akan menemui penonton pada 12 April 2023, hari Rabu dan seterusnya yang akan ditayangkan secara eksklusif di platform web watch.tonton.com.my dan aplikasi Tonton

Boleh tonton secara percuma bermula Rabu ini di Tonton

Filem yang dibawakan sempena tema 'Seindah Kasih' untuk Ramadan dan Aidilfitri bagi Media Prima Bhd ini merupakan terbitan syarikat produksi Lumatic Film dengan arahan bersama daripada Nik Amir Mustapha dan Ariff Zulkarnain dengan nukilan skrip daripada Hadi M. Nor

Tayangan : Tonton Original di Tonton
Tarikh : 12 April 2023 (Rabu)
Penulis Skrip : Hadi M. Nor
Pengarah : Nik Amir Mustapha dan Ariff Zulkarnain
Produksi : Lumatic Films Sdn. Bhd.

OST Drama

Lagu Tema : Seindah Kasih
Penyanyi : Aqman Ramdan & Bil Musa
Komposer : Bil Musa, Kirin Saadon & Amsyar Razqa
Penulis Lirik : Bil Musa & Amsyar Razqa

Barisan Pelakon

Berikut merupakan senarai barisan pelakon filem Seindah Kasih The Movie seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Shasha Abedul, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz, Mubarak Majid, Faleeq, Zain Hamid, Zaidi Omar, Fabian Loo, Sri Idrina dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syafiq Kyle sebagai Nazmi
  • Mimi Lana sebagai Alia
  • Siti Saleha sebagai Sharifah
  • Shasha Abedul sebagai Nina
  • Anas Ridzuan sebagai Jamal
  • Luqman Hafidz sebagai Khairul

Sinopsis Filem Seindah Kasih The Movie

Filem Seindah Kasih The Movie mengisahkan tentang kehidupan pekerjaan enam orang watak sebagai kakitangan Media Prima di dalam tiga kisah penceritaan yang berbeza.

Kesemua karakter yang ditonjolkan kepada penonton adalah untuk memaparkan bagaimana para pekerja di sektor media menjalankan setiap tugasan mereka bagi menyajikan infomasi dan hiburan.

Jalan penceritaan yang berbeza bagi kempen tahun ini bakal memaparkan tentang krisis perhubungan keenam-enam watak tersebut dalam kesibukan bekerja semasa bulan Ramadan.

Nazmi iaitu seorang wartawan akhbar, telah mengutarakan rasa tidak puas hatinya terhadap Alia, pekerja bahagian Digital. Di unit TV pula, Sharifah menggalas tanggungjawab sebagai seorang penerbit, tetapi amat bergantung kepada pembantunya, Nina.

Di konti radio pula, Jamal merupakan seorang DJ radio yang telah menempa nama sebagai duo komedi bersama rakannya, Khairul, namun pergaduhan antara duo ini tercetus apabila mereka berdua mula bergaduh sewaktu bersiaran ke udara.

Lain pula kisah antara Nazmi lakonan Syafiq Kyle yang memegang watak sebagai wartawan akhbar dan sering timbul rasa tidak puas hati terhadap Alia lakonan Mimi Lana yang bekerja di bahagian digital.

Anda nak tahu kisah selanjutnya? Mampukah setiap watak menyelesaikan setiap kemelut hubungan mereka?

Filem Seindah Kasih The Movie Di Tonton

Filem Seindah Kasih The Movie Di Tonton

Post a Comment

0 Comments