She Was Pretty Malaysia Ditayangkan Di Astro Ria Mulai 5 April Ini

She Was Pretty Malaysia Ditayangkan Di Astro Ria Mulai 5 April Ini

Drama Shew Was Pretty Malaysia di Astro Ria

Berita baik untuk peminat siri She Was Pretty Malaysia apabila drama ini akan mula disiarkan mulai 5 April 2023, pada setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9.00 malam di saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

She Was Pretty merupakan adaptasi daripada drama popular Korea Selatan dengan tajuk yang sama dan kali ini diterbitkan oleh Independent Picture dalam versi Malaysia untuk 16 episod yang mana Yusry Abdul Halim sebagai pengarah.

Pada awalnya, ianya merupakan keluaran Viu yang pernah ditayangkan di platform tersebut pada Ogos 2022 yang lalu. Ketika itu juga, naskah ini dimainkan sebanyak dua episod setiap minggu.

Antara pelakon yang terlibat untuk versi Malaysia ini seperti Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong, Daniella Sya, Amelina, Yasmin Hani, Roy Azman, Shah Kimin, Arena Wan, Adam Malek, Asha Merican dan ramai lagi.

Sinopsis Drama She Was Pretty Malaysia

Drama She Was Pretty mengisahkan tentang pertemuan semula untuk kali pertama dalam tempoh 15 tahun antara Nadia (lakonan Diana Danielle) dan Haniff (Aiman Hakim Ridza) iaitu di tempat kerja sebuah majalah fesyen. Pada awalnya, Nadia dan Haniff merupakan jiran semasa zaman sekolah. Haniff merupakan seorang yang gemuk berkawan dengan Nadia yang cantik dan popular.

Pada suatu hari, Haniff terpaksa mengikut keluarganya ke luar negara. Mereka berpisah selama 15 tahun. Nadia yang dahulunya lawa, menjadi tidak cantik akibat rambutnya yang kerinting dan wajahnya penuh bintik.

Dia sering dijadikan bahan ejekan dan perlian daripada orang-orang sekeliling. Mujur ada sahabat baik bernama Kejora (lakonan Daniella Sya). Kejora yang juga dikenali sebagai Jo merupakan seorang yang lawa dan diminati ramai. Jo tidak kisah bersahabat dengan Nadia. Dia sentiasa memberi sokongan padu kepada kawannya itu.

Satu hari, Haniff yang bakal pulang ke Malaysia ingin bertemu dengan Nadia setelah bertahun berhubung melalui emel. Nadia teruja tetapi malu kerana takut Haniff tidak mahu bertemu dengannya selepas melihat penampilannya kini. Dia terpaksa menggunakan Jo untuk menyamar sebagainya. Mahu atau tidak, Jo akur dengan permintaan sahabatnya itu. Pada pemikiran Haniff, Jo adalah Nadia.

Apa yang dia tidak tahu, Nadia Rahman yang sebenar adalah pekerja sementara di jabatan majalah The Most, Nadia yang sering dia marahi. Mujur rakan sekerja Nadia, Ashraf sentiasa menjadi penyelamatnya.

Jo pula mulai jatuh cinta dengan Haniff selepas Haniff menyelamatkannya daripada samseng yang ingin menganggunya. Dapatkah Nadia dan Jo memberitahu Haniff bahawa Jo bukan Nadia sebenar? Bolehkah Haniff mengecam Nadia, pekerja bawahannya sebagai Nadia sebenar, sahabat yang disukainya?

Jadi untuk yang sudah menontonnya di Viu sebelum ini dan ingin mengubat rindu kembali, anda kini boleh pula saksikan She Was Pretty versi Malaysia di saluran Astro Ria 104 mulai 5 Mac ini.

Pelakon She Was Pretty Malaysia di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments