Telefilem Jue Anna Di TV2

Telefilem Jue Anna Di TV2

Telefilem Jue Anna Di TV2

Istimewa kepada peminat drama Melayu tempatan, RTM bawakan semula sebuah telefilem berjudul 'Jue Anna' yang bakal ditayangkan menerusi slot Drama On 2 pada hari Selasa ini, 21 Februari 2023, jam 9.00 malam di TV2 dan RTM Klik.

Telefilem yang pernah disiarkan pada tahun 2021 ini merupakan terbitan produksi Platinum Walk Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Khairi Azmi.

Naskah menarik ini menampilkan barisan pelakon seperti Dayana Roza, Dayang Areeda, Asri Azizan, Heidi Nur Aleesya, Puteri, Oshin, Syrim, Zeera Azizi dan ramai lagi.

  • Dayana Roza sebagai Jue
  • Dayang Areeda sebagai Anna
  • Asri Azizan sebagai Hazlan
  • Heidi sebagai Jamie

Telefilem Jue Anna mengisahkan tentang Jue iaitu seorang isteri yang baik menguruskan rutin rumah tangganya. Jue berhenti kerja apabila mengandungkan anak kedua.

Suaminya Hazlan sibuk dengan urusan kerjayanya dan jarang-jarang membantu Jue di rumah. Jue tambah tertekan dengan keadaannya yang sarat mengandung dan kerap merungut keletihan.

Kelahiran anak keduanya Jaja, menjadikan beban tugasnya makin bertambah. Jue kecewa dengan sikap suaminya Hazlan yang tidak mengendahkannya lalu dia bertemu dengan rakan sekolahnya, Suzanne seorang doktor dan pakar psikiatri.

Jangan lupa saksikan telefilem Jue Anna yang bakal ditayangkan menerusi slot Drama On 2 pada hari Selasa ini, 21 Februari 2023, jam 9.00 malam di TV2

Telefilem Jue Anna Di TV2

Telefilem Jue Anna Di TV2

Post a Comment

0 Comments