Telefilem Azrul Bendul Di TV9

Telefilem Azrul Bendul Di TV9

Telefilem Azrul Bendul Di TV9

Istimewa buat peminat drama Melayu tempatan, TV9 bawakan semula sebuah telefilem romantik komedi berjudul 'Azrul Bendul' yang bakal ditayangkan menerusi slot Skrin Di 9 pada hari Isnin ini, 20 Februari 2023, jam 8.30 malam di TV9 dan Tonton

Telefilem yang pernah disiarkan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan penulisan skrip dariapda Lela Mohd dan Zyza Backy.

Naskah menarik ini menampilkan barisan pelakon seperti Aiman Hakim Redza, Syaini Aida, Kuza, Ezzaty Abdullah, Hamdan Senario, Nina Smith, Laila Nasir, Shah Radhi, Amir Rajalawak dan ramai lagi.

  • Aiman Hakim Redza sebagai Azrul
  • Syainie Aida sebagai Suraya
  • Ezzaty Abdullah sebagai Diana
  • Kuza sebagai Didi
  • Hamdan sebagai Bakar
  • Nina Smith sebagai Julia

Telefilem Azrul Bendul berkisarkan tentang Azrul iaitu seorang jejaka kampung yang lurus bendul. Namun, di sebalik kekurangannya itu, dapat menawan hati Suraya yang baginya Azrul, berbeza dengan lelaki yang lain.

Azrul bekerja dengan membantu ayahnya, Bakar seorang askar pencen, di dusun dan sawahnya. Dalam kawasan tempat tinggalnya, terdapat Suraya yang berminat dengan Azrul. Dia sangat jujur dan amanah. Begitu juga dalam hubungan mereka. Dia mahu mempersuamikan Azrul.

Jangan lupa saksikan telefilem Azrul Bendul yang bakal ditayangkan menerusi slot Skrin Di 9 pada hari Isnin ini, 20 Februari 2023, jam 8.30 malam di TV9

Telefilem Azrul Bendul Di TV9

Telefilem Azrul Bendul Di TV9

Post a Comment

0 Comments