Telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu Di TV1

Telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu Di TV1

Telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu Di TV1

Istimewa buat peminat cerita Melayu tempatan, saluran RTM membawakan sebuah telefilem baru berjudul 'Akad Ibu Sejadah Rindu' yang bakal ditayangkan menerusi slot Panggung RTM pada hari Sabtu ini, 18 Februari 2023, jam 9.00 malam di TV1 dan RTM Klik.

Telefilem 'Akad Ibu Sejadah Rindu' merupakan terbitan syarikat produksi G69 4U Sdn. Bhd. dan arahan Rosliana Ibrahim dengan penulisan skrip daripada Siti Jamina Ibrahim.

Naskah ini dibintangi oleh Amelina Sharipuddin, Che Kem, Ku Faridah, Azzahra Ahmad, Sahee Shamsuddin, Mimi Ernida, Zarina Zainuddin, D'boy Hamdan ramai lagi.

Akad Ibu Sejadah Rindu mengisahkan tentang Sofia (Amelina Sharipuddin) yang dipenjara 15 tahun atas tuduhan membunuh Samad. Sepanjang Sofia dipenjara, suaminya Taufik (Che Kem) mengalami kemurungan.

Taufik dan anak-anaknya, Danial (Sahee Shamsuddin) dan Diana (Mimi Ernida) di jaga oleh mentuanya Puan Kalsum (Ku Faridah). Puan Kalsum tidak suka Sofia kerana tidak sedarjat dengannya.

Selepas keluar penjara, Sofia mencari suami dan anak-anaknya tetapi tidak berjaya. Berjayakah Sofia mencari suami dan anak-anaknya?

Jangan lupa saksikan telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu yang bakal ditayangkan menerusi slot Panggung RTM pada hari Sabtu ini, 18 Februari 2023, jam 9.00 malam di saluran TV1.

Telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu Di TV1

Telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu Di TV1

Post a Comment

0 Comments