Saksikan Kisah Lee Dan Isterinya Di Dalam Telefilem Bedak Arang Di TV2

Saksikan Kisah Lee Dan Isterinya Di Dalam Telefilem Bedak Arang Di TV2

telefilem bedak arang di tv2

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, RTM bawakan sebuah telefilem khas berjudul Bedak Arang yang akan menemui penonton pada 23 Januari 2023, hari Isnin pada pukul 9.00 malam di saluran TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang diarahkan oleh Mohd Zainorhisyam Samudin aka Wak Dol ini diinspirasikan daripada kisah besar tentang seorang lelaki tua dengan pekerjaannya sebagai penempa besi di Pasir Penambang Kuala Selangor yang mana kini pekerajaan seperti itu sudah mula dilupakan oleh anak muda.

Tetapi dalam cerita ini, ianya diolah dengan berkisarkan tentang konflik watak utama yang mencari pewaris pekerjaan tersebut serta berdepan cabaran dengan isterinya yang menghidap penyakit demensia atau nyanyuk.

Jesse Lim sebagai Lee dalam cerita ini begitu mengharapkan anak lelakinya mewarisi bakat turun-temurun keluarga mereka sebagai penempa besi.

Tetapi malangnya, anaknya enggan menerima cadangan bapanya itu dan memberikan pelbagai alasan. Situasi itu menyebabkan Lee nekad meneruskan perniagaan tersebut seorang diri.

Sementara itu isterinya, Xiu Ching (lakonan Alyssa Chong Abdullah) pula merupakan bekas penyanyi opera terkenal satu ketika dahulu. Namun kerana faktor usia, tiada lagi orang mencarinya untuk membuat persembahan. Masanya banyak dihabiskan di rumah sebagai suri rumahtangga.

Hingga satu hari Lee berdepan dengan penjahat yang memeras ugut untuk mendapatkan wang daripadanya. Lee mula tertekan dengan masalahnya apatahlagi pada masa sama Xiu Ching pula semakin lupa dengan banyak perkara.

Kehadiran seorang budak lelaki yang menunjukkan minat mendalam dalam bidang penempa besi memberikan sinar dalam hidup Lee. Dia mula nampak kepada siapa kerjayanya itu mahu diwarisi. Namun apakah impiannya tertunai?

Menampilkan juga pelakon lain seperti Akmal Ahmad (Rahman), Syed Muhammar Irfan (Archer), Arbaiah Ahmad Nadzri (Zulaika), Evon Ain, Wei Tian, Phek Lian dan ramai lagi.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Bedak Arang pada Isnin ini, jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di RTM TV2.

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 23 Januari 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Ares Bahar & Ekim Imer
Pengarah : Mohd Zainorhisyam Samudin
Produksi : Eccentro Distro Sdn. Bhd.

telefilem bedak arang di tv2

telefilem bedak arang di tv2

Post a Comment

0 Comments