Filem Duan Nago Bogho Mula Ditayangkan Di Pawagam Mulai 19 Januari 2023

Filem Duan Nago Bogho Mula Ditayangkan Di Pawagam Mulai 19 Januari 2023

Filem Duan Nago Bogho di pawagam mulai 19 Januari

Sebuah lagi karya Sabri Yunus akan menemui penonton iaitu menerusi filem Duan Nago Bogho yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 19 Januari 2023 (khamis) hingga ke seterusnya.

Ianya merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat perjuangan maruah seni Mak Yong. Filem ini juga menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebat, antaranya ialah Astul Faizal, Jojo Goh, Saidi Sabri, Sabri Yunus dan Datuk Rosyam Nor

Selain itu, mereka turut dibantu oleh pelakon seperti Angeline Tan, Sangeeta Krishnasamy, Issey Fazlisham, Jason Chong, Aye Hushairi, Pokku Redang dan ramai lagi.

Filem terbitan Kalamariff Holdings Sdn. Bhd. ini mengisahkan tentang Duan (Asrul Faizal) yang merupakan sorang anak seni tradisional Kelantan Mak Yong yang juga pemain peran Mak Yong yang mempunyai dua personaliti. Selain mencintai seni tradisional tersebut, dia juga suka bergaduh.

Kisahnya bermula apabila Duan diminta oleh ayahnya meninggalkan kampung dan mencari kerja lain susulan daripada pergaduhan yang tercetus antara dia dan penonton Mak Yong yang menggangu sewaktu dia sedang membuat persembahan.

Duan membuat keputusan untuk ke Kuala Lumpur selepas diajak oleh rakannya bernama Awi (lakonan Saidi Sabri) untuk tinggal bersamanya. Awi memberitahu Kuala Lumpur memberikan peluang yang lebih luas dalam bidang seni, termasuklah Mak Yong. Awi adalah pekerja seni yang cuba membawa seni Kelantan ke arah yang lebih luas dan maju.

Selain itu, tugas Duan adalah untuk membantu Nancy (lakonan Jojo Goh), anak kepada Jimmy Ang iaitu seorang lelaki cina keturunan Kelantan sehingga membawa konflik dalam hidup Duan.

Untuk ketahui keseluruhan jalan cerita dan maksud Duan Nago Bogho itu, anda kena tonton sendiri filem ini di pawagam mulai 19 Januari 2023 ini.

Filem Duan Nago Bogho di pawagam mulai 19 Januari

Filem Duan Nago Bogho di pawagam mulai 19 Januari

Post a Comment

0 Comments