Selepas kejayaan 2 telefilem legenda sebelum ini iaitu Legenda Puteri Bulan dan Legenda Felora, Astro bawakan lagi satu lagi iaitu Legenda Puteri Qaseh dan kali ini akan ditayangkan dalam bentuk siri sebanyak 9 episod.
Siri arahan Umi Salwana ini akan temui penonton terutamanya adik-adik menerusi saluran Astro Ceria 611 bermula pada 9 Januari 2023 bersiaran setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam. Selain itu, boleh juga tonton secara online di Astro Go dan On Demand.
Penonton bakal menyaksikan pelakon jelita yang kini sedang meningkat naik iaitu Qasrina Qarim memang watak utama iaitu sebagai Puteri Qaseh disamping pelakon lain seperti Daniel Fong (Laksamana Andika) dan Bella Dowanna (Laila).
Bukan itu sahaja, drama siri ini juga kita akan dapat lihat pasangan 2 sejoli iaitu Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim berlakon bersama sebagai Raja Budi dan Permaisuri Kalsom.
Ianya sebuah kisah fantasi yang mengisahkan tentang seorang gadis bernama Qaseh yang kembali ke istana Kayajaya menjalani kehidupan sebagai seorang puteri selepas kemangkaran kedua orang ibu bapanya.
Dalam menjalani kehidupan barunya, Qaseh berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran demi mengembalikan kebaikan kepada kerajaan Kayajaya. Adakah beliau mampu untuk mentadbir kerajaannya sebagai pemegang takhta?
Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama siri Legenda Puteri Qaseh di Astro Ceria saluran 611.