Air Force The Movie Ditayangkan Di Netflix Bermula 25 Januari 2023

Air Force The Movie Ditayangkan Di Netflix Bermula 25 Januari 2023

Air Force The Movie Ditayangkan Di Netflix Bermula 25 Januari 2023

Yang ditunggu kini bakal tiba apabila Air Force The Movie Selagi Bernyawa akan ditayangkan di Netflix bermula 25 Januari 2023.

Sebuah filem yang menyaksikan bagaimana anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi pada awalnya dan kemudian diserang oleh pengganas ketika pulang ke Malaysia.

Oleh itu, pasukan TUDM yang berada di Malaysia merancang untuk menyelamatkan PASKAU.

Filem yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aiman Hakim Ridza, Dato' Adi Putra, Nas-T, Carmen Soo, Azira Shafinaz, Scha Alyahya, Sara Ali, Pablo Amirul pada awalnya dimainkan di pawagam seluruh Malaysia pada bulan Ogos 2022 sempena bulan Kemerdekaan.

Dengan kejayaan yang memberansangkan dengan meraih kutipan lebih RM30 juta, filem tersebut ditayangkan pula di Astro First sekitar bulan Oktober yang lalu.

Kini menerusi perkongsian daripada pihak Netflix baru-baru ini mengumumkan filem Air Force The Movie bakal tiba bermula 25 Januari 2023. Dalam pada itu juga, Rasuk dan Biko juga bakal ditayangkan 15 dan 27 Februari akan datang.

Jangan lupa untuk strim filem Air Force The Movie di Netflix.

Post a Comment

0 Comments