Filem Ada Hantu 2 Kini Boleh Distrim di Disney+ Hotstar

Filem Ada Hantu 2 Kini Boleh Distrim di Disney+ Hotstar

Filem Ada Hantu 2 Kini Boleh Distrim di Disney+ Hotstar

Berita baik untuk mereka yang masih belum menonton filem Ada Hantu 2 dimana kini anda dah boleh mula strim secara online menerusi platform penstriman www.hotstar.com/my atau di aplikasi mobile Disney+ Hotstar.

Filem ini pada awalnya ditayangkan di pawagam pada September 2022 yang lalu. Ianya merupakan sekuel daripada filem pertama iaitu Ada Hantu yang pada awalnya dimainkan di Disney+ Hotstar.

Siapa sangka, ianya mendapat sambutan yang baik daripada penonton dan kemudian itulah tercetus untuk menghasilkan sambungannya.

BACA : Info & Sinopsis Filem Ada Hantu 2

Filem kedua arahan Hairul Azreen (yang pertama adalah Ada Hantu) ini mengisahkan tentang kembalinya lima rakan baik iaitu Aliff, Bariah, Talha, Jimmy dan Sasha ke banglo lama milik arwah nenek Bariah dalam misi mencari hantu Jepun dan hantu Kimono.

Namun mereka lima sekawan itu menghadapi beberapa insiden huru-hara di banglo itu terutama apabila mereka menemui satu lagi pintu misteri yang berada di dalam bilik pembantu rumah.

Jika untuk filem pertama, ada plot twist yang tiada siapa jangkakan. Jadi adakah untuk filem kedua ini akan berlaku juga seperti itu? Apa yang berlaku seterusnya akan membuatkan anda terkedu.

Seperti filem sebelumnya, Hairul Azreen masih mengekalkan barisan pelakon seperti sebelumnya iaitu selain daripada beliau sendiri terdapat juga Shiqin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Sophia Albarakbah, Fify Azmi dan ramai lagi.

Jadi apa tunggu lagi, strim sekarang di Disney+ Hotstar untuk filem Ada Hantu 2 dengan harga langgan RM59.90 untuk 3 bulan.

Post a Comment

0 Comments