Telefilem Walimatul Tak Urus (Awesome TV)

Telefilem Walimatul Tak Urus (Awesome TV)

Telefilem Walimatul Tak Urus (Awesome TV)

Saksikan telefilem Walimatul Tak Urus yang akan bersiaran pada 4 Disember 2022 bersamaan hari Ahad pada pukul 9.30 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Tayangan : Slot Ohsem Tele di Awesome TV
Tarikh : 4 Disember 2022 (Ahad)
Masa : 9.30 Malam
Penulis Skrip : Syakireen Akhlakkeen
Pengarah : Esham Shahlin
Produksi : Hzkutive Sdn. Bhd.

🎥 Tonton telefilem Walimatul Tak Urus online - Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Luqman Hafidz, Isyariana, Nina Fazurina, Shamsul Ghau Ghau, Qazem Nor, Syed Ali, Taiyudin Bakar, Kismah Johar, Zazo Maulana, Saiful Ghaz, Suriyani Hj Osman dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Walimatul Tak Urus

Telefilem Walimatul Tak Urus mengisahkan tentang Shah yang nekad mahu kahwin lari bersama Mira ini berkutan ppabila Mira telah dipaksa berkahwin dengan bukan pilihan hatinya oleh bapanya sendiri iaitu Pak Kassim.

Shah telah merancang, dan melarikan Mira ketika majlis akad nikah yang hampir berlangsung. Dalam masa yang sama pula, Shah telah dikejar oleh geng penarik kereta, kerana kereta yang dipinjam daripada rakannya, sudah empat bulan tidak dibayar.

Dalam masa yang sama, abang dan kakak ipar Mira turut mengejar mereka. Semasa dalam perjalanan, Shah dan Mira telah berkenalan dan menumpangkan Mak Limah yang melambatkan perjalanan mereka. Pelbagai peristiwa lucu berlaku semasa aksi kejar mengejar antara mereka.

Telefilem Walimatul Tak Urus (Awesome TV)

Telefilem Walimatul Tak Urus (Awesome TV)

Post a Comment

0 Comments