Telefilem Kasih Abang (TV2)

Telefilem Kasih Abang (TV2)

Telefilem Kasih Abang (TV2)

Saksikan telefilem Kasih Abang yang akan bersiaran pada 12 Disember 2022, hari Isnin pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 12 Disember 2022 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Muaz Fitri
Penulis Skrip : Ramlah Rashid
Pengarah : Amie Maziah Abdul Rahman
Produksi : Red Intrade Production

Tonton telefilem Kasih Abang disini

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Muaz Fitri, Aman Aziz, Halim Radzi, Natasha Sass, Arash Mohd, Aleza Shadan, Farah Ahmad, Danish Hazriq, Syed Irfan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Muaz Fitri sebagai Adam
  • Aman Aziz sebagai Idris
  • Halim Radzi sebagai Mansor
  • Natasha Sass sebagai Wani
  • Arash Mohd sebagai Tuan Arash
  • Aleza Shadan sebagai Puan Zila
  • Farah Ahmad sebagai Linda

Sinopsis Telefilem Kasih Abang

Telefilem Kasih Abang mengisahkan tentang pertemuan Adam iaitu seorang pelukis jalanan dengan Wani anak orang kaya berjaya merungkai pencarian adiknya, Idris sejak mereka terpisah 18 tahun yang lalu.

Perpisahan tersebut berlaku apabila ibu mereka yang terpaska menjadi keldai dadah untuk melunaskan hutang arwah bapa mereka, enggan meneruskan kerja haram tersebut dan kemudiannya dibunuh seperti bapa mereka.

Adam membawa Idris bersembunyi dan kemudian pulang semula ke rumahnya untuk menyelamatkan ibunya tetapi cubaanya gagal. Apakah yang terjadi pada akhirnya?

Telefilem Kasih Abang (TV2)

Telefilem Kasih Abang (TV2)

Post a Comment

0 Comments