Telefilem Jalan Belakang Rumah (TV2)

Telefilem Jalan Belakang Rumah (TV2)

Telefilem Jalan Belakang Rumah (TV2)

Saksikan telefilem Jalan Belakang Rumah yang akan bersiaran pada 30 Disember 2022, hari Jumaat pada pukul 3.00 petang menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 30 Disember 2022 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang
Idea Asal : S. Balachandran & Muhammad Amirul Muttaqin
Penulis Skrip : Mohd Rahhiemi
Pengarah : S. Balachandran
Produksi : cCubeTV Sdn. Bhd.

Tonton telefilem Jalan Belakang Rumah disini
Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Muhd Shahidan, Ebenezar Ravyn Das, Chong Bao Quan, Farhanna Qismina, Ahmad Dinie Juri, Jee Kutty, Badrol, Azrin, Snazzy Santana dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Jalan Belakang Rumah

Telefilem Jalan Belakang Rumah mengisahkan tentang pengembaraan tiga orang sahabat ke dunia fantasi bagi menggalas satu misi untuk kembali ke zaman asal. Tiga orang sahabat baik iaitu Ian, Ping dan Ruben pergi berkhemah di dalam hutan.

Di dalam hutan, mereka bertiga telah menjumpai sebuah rumah usang dan masuk ke dalam rumah usang tersebut. Tiba-tiba mereka diancam oleh seekor raksasa jahat dan cuba berlari menyelamatkan diri.

Mereka cuba untuk mencari jalan keluar dari rumah itu namun mereka sesat dan keluar melalui pintu belakang rumah usang tersebut. Keluar sahaja dari pintu itu, mereka telah memasuki alam fantasi yang penuh misteri dan menggalas satu misi untuk kembali ke zaman asal.

Telefilem Jalan Belakang Rumah (TV2)

Post a Comment

0 Comments