Review Kampung People (Episod 7)

Review Kampung People (Episod 7)

Review Kampung People (Episod 7)

Episod 7 drama Kampung People 3 disambung lagi yang telah bersiaran pada 1 Disember 2022 di slot Lestary TV3 dan juga secara online di www.hotstar.com/my dengan tontonan lebih awal.

BACA : Info & Sinopsis Drama Kampung People 3

Review Kampung People 3 Episod 7

Episod kali ini macam kurang sikit kelakar dia, tapi masih ada diselitkan. Lebih kepada misi Laila mencari Jakfar dan juga isu Laila yang hampir kantoi sebenarnya tidak bekerja di kedai haiwan.

Ianya bermula bila arnab Imran iaitu Darwich yang sepertinya sakit. Jadi terpaksa hantar ke pet shop untuk rawatan. Kebetulan pula dia teringat Laila pernah kerja di sebuah pet shop seperti yang diberitahu walaupun dia menipu.

Jadi kat sinilah Razi dan Imran syak sebenarnya Laila tipu dia kerja disana sebab tanya nurse tiada yang bernama Lili bekerja ditempat tersebut. Sebab tak puas hati, Razi call Ejen 1 tanya lokasi Laila dimana di bekerja sebenarnya. Taknak kantoi, macam-macam la alasan dia bagi.

Laila pula kali ini cuti sebab dia ada jumpa file Jakfar dan mula mencari tunangnya tersebut mengikut alamat yang diperoleh. Kat sinilah baru tahu sebenarnya banyak gangster lagi kat luar sana selain Geng Cengkih Manis. Kali ini ada Geng Mosala Manis hahaha 

Untuk geng ni juga, ada orang yang terpaksa menyamar sebelum menjadi saksi ketika hari perbicaraan sama seperti kes Kampung People. Sebenarnya nampak macam makin menarik kalau plot itu dikembangkan untuk next episod.

Tapi tak cukup dengan itu, sebenarnya Darwish Yummy tu bukan sakit dah sebenarnya dah mati. Tapi Imran tak perasan, yang perasan Razi dan Mona je. Imran pula warning awal-awal kalau Darwish mati dia nak menangis sampai tak ingat dunia. Gelabah daddy dan mami dia. hahaha

Next episod ni tertunggu-tunggu juga apa yang terjadi seterusnya


Rating Kampung People 3 Episod 7 - 7.5/10

Post a Comment

0 Comments