Review Kampung People 3 (Episod 11)

Review Kampung People 3 (Episod 11)

Review Kampung People 3 (Episod 11)

Episod 11 drama Kampung People 3 disambung lagi yang telah bersiaran pada 8 Disember 2022 di slot Lestary TV3 dan juga secara online di www.hotstar.com/my dengan tontonan lebih awal.

BACA : Info & Sinopsis Drama Kampung People 3

Review Kampung People 3 Episod 11

Dalam episod kali ini rasanya buat kali pertama Mona tidak muncul walaupun satu babak pun ekoran dia sudah ditangkap Pacerat pada episod sebelumnya dengan Tuan Suhaimie.

Kali ini lebih kepada penceritaan tentang kehidupan 'Lazy Week' antara Razif dan Imran di rumah. Habis bersepah rumah sebab tak kemas. Ye la Mona takda selama seminggu, kemudian menikmati tanpa bebelan pula. Heaven la kot duduk rumah. Tapi akibatnya, keluarlah lipas bagai.

Selain itu, banyak juga diceritakan tentang kes Laila dan Ejen 1111 yang secara tak sengaja terculi budak. Tapi sebab taknak Ejen 1 dan Pacerat tahu, dia kena la bawa budak tu balik untuk sementara. Sebab budak tu pun tak ingat mana dia tinggal.

Jadi sepanjang penceritaan tu, macam-macam la kerenah budak ni. Nak makan aiskrim la, nak mainan pistol la. Sebabnya untuk bagi ingat kat mana dia tinggal. Tapi akhirnya kantoi juga dengan Ejen 1 dan budak tu pun dihantar pulang.

Kat sinilah sepertinya bibik cinta bermula antara Ejen L dan Ejen 1111. Ye la, sebab Ejen 1111 dan tolong Ejen L daripada di pecat.


Rating Kampung People 3 Episode 11 - 7/10

Post a Comment

0 Comments