Review Kampung People 3 (Episod 10)

Review Kampung People 3 (Episod 10)

Review Kampung People 3 (Episod 10)

Episod 10 drama Kampung People 3 disambung lagi yang telah bersiaran pada 7 Disember 2022 di slot Lestary TV3 dan juga secara online di www.hotstar.com/my dengan tontonan lebih awal.

BACA : Info & Sinopsis Drama Kampung People 3

Review Kampung People 3 Episod 10

Untuk episod kali ini lebih tertumpu kepada watak Mona dimana bermula dengan berita yang diumumkan dimana ibu si Imran dan Laila mengandung. Tapi berita ini bukan semua suka sebab anak-anaknya tak suka, sebab mungkin kasih sayang akan dibahagi sama rata dengan baby nanti kan.

Jadi disebabkan itulah kini semua kerja rumah akan dibuat oleh Razif. Ye la kan taknak orang mengandung buat kerja. Tapi pelik taknak buat kerja, tapi Mona siap dilantik jadi AJK Flat Suriram then buat Zumba siap.

Kalau Mona dah diketengahkan hampir keseluruhan episod memang kelakar la jawabnya. Bermula dengan berita mengandung, lepas dilantik jadi AJK yang diundi oleh 3 orang je. Kemudian nak buat program kat ladang burung unta dan sebagainya.

Tapi nampaknya berita gembira ini kembali suspen apabila munculnya geng cengkih manis yang kini dah tahu lokasi keluarga Razif. Nampaknya akan sampai ke penghujung dah ni. Akhir babak pun tengok Mona dah kena tangkap.

Jadi next apa yang akan jadi agaknya?

Rating Kampung People 3 Episode 10 - 8.5/10


Post a Comment

0 Comments