Filem Zaara Di Pawagam Pada 29 Disember 2022

Filem Zaara Di Pawagam Pada 29 Disember 2022

Filem Zaara Di Pawagam Pada 29 Disember 2022

Saksikan filem seram komedi Zaara yang akan ditayangkan mulai 29 Disember 2022, hari Khamis di pawagam seluruh Malaysia. Boleh mula dapatkan tiket wayang anda sekarang di panggung berhampiran.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 29 Disember 2022 (Mulai Khamis)
Penulis Skrip : Epy Kodiang
Pengarah : Roy
Produksi : JROI Global Film Sdn. Bhd. & Redfiress Film Production Sdn. Bhd

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ialah Dato' AC Mizal, Kamal Adli, Atikah Suhaimi, Syaiful Zero, Azlan Komeng, Ain Awok, Azlee Senario, Adam Shaaz, Aril RL, Pakya Sepahtu dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Zaara

Filem Zaara mengisahkan tentang Remy iaitu seorang anak muda linkungan 20an yang kacak dan kelakar orangnya, seorang yang gemar dalam perlumbaan kereta dan mempunyai keluarga dan kawan yang penyayang.

Tetapi mempunyai satu masalah yang sangat pelik iaitu dia seorang yang penakut pada hantu. Ketakutannya pada hantu sangat kritikal, sehingga tidak boleh keluar pada waktu malam. Dia juga sering tidur bersama mak dan ayahnya kerana terlalu takut hantu.

Kisah bermula apabila Remy terjumpa Maya pada suatu hari di sebuah autoshow kereta dan Remy mula jatuh cinta pandang pertama. Maya dan Budi sudah mengenali antara satu sama lain, Remy meminta bantuan Budi untuk kenalkan Maya dengannya.

Akhirnya dengan bantuan Budi, Remy berjaya berkenalan dengan Maya. Budi terpaksa rahsiakan masalah Remy daripada Maya kerana Remy takut untuk keluar pada waktu malam, hal itu menyebabkan berlaku masalah pada Remy yang malu untuk menceritakan masalahnya pada Maya.

Filem Zaara Di Pawagam Pada 29 Disember 2022

Filem Zaara Di Pawagam Pada 29 Disember 2022

Post a Comment

0 Comments