Drama Kudeta Astro Ria (Astro Originals)

Drama Kudeta Astro Ria (Astro Originals)

Drama Kudeta Astro Ria (Astro Originals)

Saksikan drama Astro Orginals Kudeta yang akan bersiaran mulai 20 November 2022, setiap hari Ahad di Astro Go atau setiap hari Isnin pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan setiap hari Jumaat pada pukul 10.00 malam di saluran PRIMETime 704.

Episod : 8
Tayangan : Astro Originals di Astro Go, Astro Ria & PRIMETime
Tarikh : Mulai 20 November 2022
Penulis Skrip : June Tan, Zuli Ismail, Hadi M. Nor & Imran Sheik
Pengarah : Imran Sheik & Kroll Azry
Produksi : Lacuna Pictures Sdn. Bhd.

🎥 Tonton drama Kudeta disini - Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri ini ialah Vanidah Imran, Adlin Aman Ramli, Aqasha, Aedy Ashraf, Sangeeta Krishnasamy, Namron, Koe Yeet, Fazlina Ahmad Daud, Chelsia Ng dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Vanidah Imran sebagai Mariam Imran
  • Aedy Ashraf sebagai Putra
  • Adlin Aman Ramli sebagai Rahman
  • Koe Yeet sebagai Flora
  • Aqasha sebagai Yusuf
  • Namron sebagai Hamid
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Sunita

Sinopsis Drama Kudeta

Selepas bekas Perdana Menteri dipenjarakan, Timbalannya, Mariam Imran naik menggantikan menggalas sebagai Perdana Menteri wanita pertama di negara Masraya.

Berikutan peristiwa tersebut, Mariam terpaksa bergabung dengan parti yang goya bagi mengelakkan rampasan kuasa (kudeta) dan terus mengekalkan kuasanya.

Dalam tempoh seminggu pertama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, pelbagai isu terjadi seolah-olah rakyat dan pemimpin yang menentangnya mempersoal dan meragui kerajaan baru dibawah naungannya.

Tekanan berterusan diterima apabila berlaku penambahan ahli baru serta berlaku konflik kehidupan peribadi bersama suaminya, Yusuf. Sedikit sebanyak menjejaskan emosinya yang mana sekiranya tidak dibendung pastinya mampu mempengaruhi setiap keputusannya sebagai Perdana Menteri.

Adakah pada akhirnya kerajaan yang baru dinaikkan ini akan tumbang dan berlaku penggulingan serta rampasan kuasa daripada musuh politik beliau?

Drama Kudeta Astro Ria (Astro Originals)

Drama Kudeta Astro Ria (Astro Originals)

Drama Kudeta Astro Ria (Astro Originals)

Post a Comment

0 Comments