Drama Kampung Senariuh (Awesome TV)

Drama Kampung Senariuh (Awesome TV)

Drama Kampung Senariuh (Awesome TV)

Sempena tahun baru, saksikan drama Kampung Senariuh yang akan bersiaran mulai 1 Januari 2023, setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 11.00 malam menerusi slot Sitcom di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Episod : 15
Tayangan : Slot Sitcom di Awesome TV
Tarikh : Mulai 1 Januari 2023 (Sabtu & Ahad)
Penulis Skrip : Ira Naliyah & Haziq Alias
Masa : 11.00 Malam
Pengarah : Bob Ismail Hasim
Produksi : Unit Produksi Awesome TV

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama sitcom ini ialah Wahid, Azlee, Saiful Apek, Yassin, Mamak Puteh, Mia Nasir, Afifa Nasir, Zalif Sidek, Marisa Yasmin, Ammar Titan, Kazar, Chiwan, Bard Kerdil dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Wahid sebagai Wahid Deghian
  • Azlee sebagai Pak Azlee
  • Saiful Apek sebagai Apek
  • Yassin sebagai Yassin Rambo
  • Mamak Puteh sebagai Mamak

Sinopsis Drama Kampung Senariuh

Drama sitcom Kampung Senariuh mengisahkan tentang empat orang sahabat baik iaitu Pak Azlee, Wahid Deghian, Apek dan Yassin Rambo dari Kampung Sena. Mereka cukup dikenali dalam kalangan penduduk kampung dengan ragam dan gelagat mereka yang mencuit hati ketika melepak di warung dan sering berborak mengenai isu-isu semasa terutamanya kejadian yang berlaku di kampung mereka.

Watak Pak Azlee merupakan seorang pemilik warung kedai kopi yang menjadi port utama untuk melepak oleh penduduk Kampung Sena. Watak Wahid Deghian pula merupakan seorang pengusaha sebuah dusun durian di Kampung Pokok Senariuh. Manakala watak Apek pula merupakan seorang pemilik studio jamming di kampung tersebut. Watak Yassin Rambo pula merupakan seorang pemilik sebuah bengkel motor.

Drama Kampung Senariuh (Awesome TV)

Drama Kampung Senariuh (Awesome TV)

Post a Comment

0 Comments