Drama Chinta Arjuna (TV3)

Drama Chinta Arjuna (TV3)

Drama Chinta Arjuna (TV3)

Saksikan drama terbaru Chinta Arjuna yang akan bersiaran mulai 13 Disember 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang menerusi slot Sakuran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Episod : 20
Tayangan : Slot Sakura di TV3
Tarikh : Mulai 13 Disember 2022 (Isnin - Khamis)
Masa : 6.00 Petang
Penulis Skrip : Zyza Backy
Pengarah : Shuhaimi Lua Abdullah
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Tonton drama Chinta Arjuna disini
Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri ini ialah Fadlan Hazim, Riena Diana, Syarafi Sudarmaji, Shweta Sekhon, Azizah Mahzan, Shahronizam Noor, Chomell Fana, Alif Hadi, Eddy Syamin, Raja Azmi, Elvina Chua, Nadia Brian dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Fadlan Hazim sebagai Arjuna
  • Riena Diana sebagai Chinta
  • Syarafi Sudarmaji sebagai Putra
  • Shweta Sekhon sebagai Mawar
  • Azizah Mahzan sebagai Nenda
  • Shahronizam Noor sebagai Adika
  • Chomell Fana sebagai Nana
  • Alif Hadi sebagai Syakir
  • Eddy Syamin sebagai Zhafir
  • Raja Azmi sebagai Kak Bell
  • Nadia Brian sebagai Julia

OST Drama

Tajuk Lagu : Pelan Pelan
Penyanyi : Paper Farah, Danial Ismail & Arief Peter
Komposer : Red Rahimad, Pown, Hasril & Otromen
Lirik : Arief Peter dan Sharif Nas

Sinopsis Drama Chinta Arjuna

Drama Chinta Arjuna mengisahkan tentang kehidupan Arjuna yang begitu sibuk berada di pejabat dan menguruskan perniagaan peninggalan arwah ayahnya sehingga tidak mempunyai masa untuk mencari teman wanita.

Malah disebabkan itu juga, dia langsung tidak tahu bagaimana untuk memikat wanita sehingga berita tersebar di internet kononnya Arjuna mempunyai hubungan atau skandal dengan seorang lelaki yang tidak sukakan perempuan.

Chinta merupakan pelajar tahun akhir di kolej. Dia berpegang teguh kepada prinsip menunggu cinta sejati dan tidak mudah untuk jatuh cinta sehingga berjumpa dengan yang ikhlas dan jujur untuk menawan hatinya. Prinsipnya telah menamatkan hubungannya dengan kekasihnya.

Desakan hidup memaksa Chinta untuk menerima kontrak yang ditawarkan oleh Nenda Arjuna yang mahu Chinta mengahwini Arjuna untuk mencari pasangan hidup buat cucunya. Saksikan liku-liku hubungan pasangan yang tidak diduga ini.

Drama Chinta Arjuna (TV3)

Drama Chinta Arjuna (TV3)

Post a Comment

0 Comments