Drama Budak Tebing 3 (TV3)

Drama Budak Tebing 3 (TV3)

Drama Budak Tebing 3 (TV3)

Saksikan drama terbaru Budak Tebing 3 yang akan bersiaran mulai 14 Disember 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Selain itu juga, drama kesinambungan musim ketiga ini daripada Budak Tebing 1 dan Budak Tebing 2 juga boleh ditonton secara online di www.iq.com/hiburanhangat atau aplikasi iQIYI sejurus selepas habis tayangan di tv khusus untuk pengguna VIP dan secara percuma selepas 48 jam kemudian. Boleh langgan akaun VIP murah disini.

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary di TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 14 Disember 2022 (Isnin - Khamis)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Shah Rizal Mashur
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : Country Universal Sdn. Bhd.

Tonton drama Budak Tebing 3 disini
Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri ini ialah Aedy Ashraf, Adam Lee, Nabil Aqil, Izz Ilham, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran, Nelisa Nizam, Nia Atasha, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Aedy Ashraf sebagai Tongki
  • Adam Lee sebagai Arif
  • Nabil Aqil sebagai Kylo
  • Izz Ilham sebagai Yoyol
  • Eyka Farhana sebagai Ira
  • Firdaus Ghufran sebagai Talam
  • Nelissa Nizam sebagai Maria
  • Nia Atasha sebagai Husna

Sinopsis Drama Budak Tebing 3

Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan.

Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing.

Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat.

Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?

Drama Budak Tebing 3 (TV3)

Drama Budak Tebing 3 (TV3)

Post a Comment

0 Comments