Wanita Milik Tuan Putra (TV3)

Wanita Milik Tuan Putra (TV3)

Drama Wanita Milik Tuan Putra (TV3)

Saksikan drama terbaru Wanita Milik Tuan Putra yang akan bersiaran mulai 21 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Drama yang menggantikan Sekali Lagi Cinta Kembali sebelum ini merupakan adapatasi novel dengan tajuk yang sama 'Wanita Milik Tuan Putra' karya Aunie Ayunie.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3
Tarikh : Mulai 21 Oktober 2022 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Amin Shakib, Amar Amir, IB Nawawi, Azmy Ariff & Azril Hamzah
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Intan Najuwa, Hisyam Hamid, Sherry Ibrahim, Natasya Mahyan, Wafariena, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Badrul Muhayat, Kuza, Kathy Azian, Enot, Ieka Zulkifli, Farah Wahida dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Intan Najuwa sebagai Bunga Zinnirah
  • Hisyam Hamid sebagai Tuan Putra Anaqi
  • Sherry Ibrahim sebagai Tengku Tania
  • Natasya Mahyan sebagai Eva
  • Wafariena sebagai Airis
  • Syazuwan Hassan sebagai Emir
  • Hafidz Roshdi sebagai Asmara
  • Kuza sebagai Datin Luna
  • Badrul Muhayat sebagai Dato Azka

Sinopsis Drama Wanita Milik Tuan Putra

Drama Wanita Milik Tuan Putra mengisahkan tentang watak Bunga yang dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik. Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra, Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania, kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra.

lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

Drama Wanita Milik Tuan Putra (TV3)

Drama Wanita Milik Tuan Putra (TV3)

Post a Comment

0 Comments