Telefilem Kampung Si Rabun (TV2)

Telefilem Kampung Si Rabun (TV2)

Telefilem Kampung Si Rabun (TV2)

Saksikan telefilem Kampung Si Rabun yang akan bersiaran semula pada 27 November 2023, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan MP Roslin, penulisan skrip dan idea asal masing-masing daripada Haida Mazni serta Ika Sabreena dan diterbitkan oleh MToons Media.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 27 November 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Ika Sabreena
Penulis Skrip : Haida Mazni
Pengarah : MP Roslin
Produksi : MToons Media

🎥 Tonton Telefilem Kampung Si Rabun Online - Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Nafiez Zaidi, Neera Azizi, Along Cham, Wahid Senario, Azzahra Ahmad, Shamsul Ghau Ghau, Amyza Aznan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nafiez Zaidi sebagai Megat
  • Neera Azizi sebagai Cik Normah
  • Along Cham sebagai Jalil
  • Azzahra Ahmad sebagai Senah
  • Wahid Senario sebagai Pak Daud
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Tok Din
  • Amyza Aznan sebagai Mek Non

Sinopsis Telefilem Kampung Si Rabun

Ianya mengisahkan tentang sebuah kampung iaitu Kampung Cahaya yang semua penduduk kampungnya mempunyai masalah rabun seperti rabun dekat, rabun jauh dan rabun warna.

Kejadian mula menjadi kecoh iaitu sewaktu pemilihan ketua kampung yang barul. Jalil iaitu anak bekas ketua kampung dan Megat merupakan calon yang dipilih untuk menjadi ketua kampung yang baru.

Che Normah, ratu kampung Cahaya yang mempunyai masalah rabun warna merah dan Senah yang mempunyai masalah silau jatuh hati pada Megat.

Sementara itu Che Normah, ratu Kampung Cahaya yang mempunyai masalah rabun warna merah dan Senah yang mempunyai masalah rabun silau jatuh hati pada Megat. Kedua-duanya cuba melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian Megat yang nampak kacak bagi mereka.

Maka bermulalah pelbagai muslihat Jalil yang cuba mensabotaj Megat dek kerana cemburu kerana dia juga ada hati terhadap salah seorang daripada peminat Megat iaitu Normah.

Lalu siapakah yang paling layak dipilih sebagai ketua kampung? Dan siapa pula antara Megat dan Jalil yang menjadi pilihan Normah?

Telefilem Kampung Si Rabun (TV2)

Telefilem Kampung Si Rabun (TV2)

Telefilem Kampung Si Rabun (TV2)

sumber : hellokerja.com

Post a Comment

0 Comments