Review Kampung People 3 Episod 5

Review Kampung People 3 Episod 5

Review Kampung People 3 Episod 5

Episod 5 drama Kampung People 3 disambung lagi yang telah bersiaran pada 26 November 2022 di slot Lestary TV3 dan juga secara online di www.hotstar.com/my dengan tontonan lebih awal.

BACA : Info & Sinopsis Drama Kampung People 3

Review Kampung People 3 Episod 5

Episod kali ini isu besar dia apabila Mona yang sudah ketagihan gosip apabila hanya membuang masa mendengar masalah jiran antara Ayu dan Saiful dari pagi hingga malam. Disebabkan itu, kerja-kerja di rumah diabaikan.

Tapi ni bukan sibuk jaga tepi kain orang tau. Tapi sibuk jaga dinding orang. Sebab rumah flat, jadi rumah sebelah menyebelah. Jadi telinga Mona memeng melekat je la kat dinding tu dengan masalah jiran sebelah setiap hari.

Sampai Imran yang hari pertama bersekolah pun sampai dilupakan sebab sibu bergosip. Bukan itu sahaja, breakfast tak buat, tak kemas rumah, tak sempat beli barang dapur dan sampai anak kena buli pun tidak diabaikan.

Bukan itu sahaja, kali ini juga kita dapat lihat Laila yang kini sudah bekerja sebagai Ejen L di PACERAT. Pada awalnya kerja di pejabat tetapi telah diarahkan oleh Ejen 1 untuk turun ke lapangan bagi menyelesaikan kes Imran yang telah dibuli.

Apalah agaknya cara Laila nak selesaikan masalah ni nanti.


Kampung People 3 Episod 5 - 8/10

Post a Comment

0 Comments