Review Kampung People 3 Episod 3

Review Kampung People 3 Episod 3

Review Kampung People 3 Episod 3

Episod 3 drama Kampung People 3 disambung lagi yang telah bersiaran pada 24 November 2022 di slot Lestary TV3 dan juga secara online di www.hotstar.com/my dengan tontonan lebih awal.

BACA : Info & Sinopsis Drama Kampung People 3

Review Kampung People 3 Episod 3

Untuk episod kali ini bermula dengan perkara sebenar akhirnya telah terbongkar. PACERAT pun dah mengaku dimana Jakfer sebenarnya tidak akan pulang sebab file dan badannya telah hilang.

Disebabkan itulah, Laila sedih sebab dia takkan lagi jumpa baby boo kesayangan dia dah. Yang ada hanya Bad Bisu dan sudah pastinya bukannya Jakfer seperti yang ditipu oleh PACERAT.

Laila pun hari-hari meroyan terkenangkan kenangan dengan Jakfer. Yang jadi mangsanya family la. Hari-hari kena dengar cerita Laila tentang Jakfer. Sehingga masing-masing nak muak.

Kali ni Razif buat pertama kali bekerja seperti yang ditetapkan oleh PACERAT iaitu mereka akan bekerja di car wash bersama kampung people yang lain. Dah episod 3 ni barulah kita boleh jumpa Norbik, TP dan Tok Imam yang mana mereka bekerja dibawah Razif.

Tapi sebenarnya babak ni sedih sikit bila boleh tengok Haeriyanto yang memegang watak Norbik sekarang dah lain keadaan dia. Dah kurus atas sebab kesihatan. Tapi dia tetap steady lagi berlakon dalam drama ni. Siap berlagak jadi bos lagi. Terus hire pekerja lain kerja untuk dia.

Akhir drama tu timbul satu masalah apabila terpaksa matikan watak Bad Bisu takut terbongkar rahsia PACERAT. Last-last langgar lari je depan jiran-jiran yang akhirnya orang anggap Bad Bisu iaitu bakal suami Laila telah mati

Tapi betul ke dah mati?


Kampung People 3 Episod 3 - 7/10

Post a Comment

0 Comments