Filem Halimun (Astro First)

Filem Halimun (Astro First)

Filem Halimun (Astro First)

Saksikan filem atau supertele Halimun yang akan bersiaran mulai 5 November 2022, Sabtu hanya di pawagam rumah anda Astro First 480 atau On Demand. Jangan lupa untuk langgan dengan harga RM15.00 untuk tontonan selama 48 jam secara berulang-ulang.

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : Mulai 4 November 2022
Penulis Skrip : Muzzamer Rahman
Pengarah : Muzzamer Rahman
Produksi : Azura Pictures Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kod Rasheed, Puteri Balqis Azizi, Chubb-E, Harun Hashim, Hafidzuddin Fazil, Lim Mei Fen dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Beto Kusyairy sebagai Zahir
  • Nabila Huda sebagai Laila
  • Kodi Rasheed sbagai Adi
  • Puteri Balqis Azizi sebagai Laila
  • Chubb-E sebagai Ashif

OST Filem

Lagu Tema : Kabus
Penyanyi : Afif Tirmizie
Komposer : Amylea Azizan
Lirik : Amylea Azizan

Sinopsis Filem Halimun

Filem Halimun (yang bermaksud Kabus) mengisahkan tentang gangguan dan dugaan misteri yang dialami Zahir dan Laila setelah 4 bulan mereka mendirikan rumah tangga bersama.

Kejadian aneh ini mula memuncak ketika Laila mengandung 4 bulan dan Zahir berkerja di luar kawasan. Laila cuba mencederakan dirinya dan membuatkan Zahir meminta bantuan Adi, sahabat lama semenjak zaman universiti untuk membantu.

Adi datang ke rumah Zahir untuk menyelesaikan masalah gangguan tersebut. Selepas kejadian tersebut, Zahir berpindah dan tinggal di kampung. Adi pula kerap mendapat mimpi misteri berkaitan Zahir dan Laila.

Adi meminta pandangan penyarahnya, Prof Sulaiman berkaitan hal ini, dan Prof Sulaiman memintanya menyelesaikan hal yang tak selesai antara Adi, Zahir dan Laila.

Dengan bantuan pelajar buta bernama Asyif, Adi pergi berjumpa Ismail, bapa Zahir yang juga seorang bekas ahli politik untuk mendapatkan alamat terkini Zahir.

Ketika Adi dan Asyif melawat Zahir di sebuah rumah kampung, mereka terkejut dengan kehidupan baru Zahir dan Laila yang tidak boleh diterima logik akal.

Filem Halimun (Astro First)

Filem Halimun (Astro First)

Post a Comment

0 Comments