Telefilem Tuah Sawa Di TV Okey

Telefilem Tuah Sawa Di TV Okey

Telefilem Tuah Sawa Di TV Okey

Saksikan telefilem TUAH SAWA yang akan bersiaran pada 2 Oktober 2022, hari Ahad pada pukul 2.30 petang menerusi slot Layar Okey di TV Okey atau anda boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Layar Okey di TV Okey
Tarikh : 2 Oktober 2022 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang
Idea Asal : Roslainur Roslan
Penulis Skrip : Dato' Zulkifli M. Osman
Pengarah : Roslainur Roslan
Produksi : Emolution Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Along Cham, Hazirah Zulkifli, Dato Tamimi Siregar, Dr. Ahmad Ibrahim (Mat London), Dato' Zulkifli M. Osman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Along Cham sebagai Nabil
  • Hazirah Zulkifli sebagai Nana
  • Dato Tamimi Siregar sebagai Pak Mat
  • Dato' Zulkifli M. Osman sebagai Abg Zul

Sinopsis Telefilem Tuah Sawa

Telefilem Tuah Sawa mengisahkan tentang Nabil yangmerupakan seorang pemuda yang berasal dari Kedah di kampung pedalaman. Pada satu hari Nabil bertekad untuk pergi Kuala Lumpur mencari peluang pekerjaan.

Pada awalnya mendapat tentangan daripada ibunya namun setelah dipujuk berulangkali oleh Nabil akhirnya ibunya merelakan pemergiannya. Setelah sampai di Kuala Lumpur Nabil berjumpa dengan Mak Leha merupakan ibu tunggal yang mempunyai anak perempuan berusia 22 tahun bernama Nana.

Setiap hari Nana akan menjemput ibunya untuk pulang ke rumah mereka. Nabil terpesona melihat Nana yang sememangnya ayu dan sopan santun. Tidak lama kemudian Nabil pulang ke kampung kerana kegagalan perniagaannya disana.

Sedang Nabil berehat mengenangkan nasibnya tidak berapa baik di Kuala Lumpur, tiba-tiba sebiji buah sawa jatuh ke atas kepalanya. Dia terus teringat perbuatan Pak Abu membaling buah sawa di kepalanya. Nabil mendapat idea terhadap buah sawa.

Berjayakah Nabil mencapai impianya di Kuala Lumpur? Adakah buah sawa dapat satukan Nabil dan Nana? Nak tahu bagaimana perjalanan Nabil? Saksikan Tuah Sawa

Telefilem Tuah Sawa Di TV Okey

Telefilem Tuah Sawa Di TV Okey

Telefilem Tuah Sawa Di TV Okey

Post a Comment

0 Comments